• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #KLIMS2018: Perodua X-Concept Perkenal Konsep Futuristik yang Bukan Sekadar Pengangkutan

#KLIMS2018: Perodua X-Concept Perkenal Konsep Futuristik yang Bukan Sekadar Pengangkutan

November 22, 2018 By Han Othman Leave a Comment

444
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA mengambil kesempatan sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 mempamerkan reruai berkonsepkan Illumination (pencahayaan) yang menggambarkan visi dan cita-cita pengeluar nasional itu dalam menghasilkan kenderaan sejajar keperluan dan kehendak pelanggan masa depan.

Seiring tema KLIMS 2018, 'Beyond Mobility' (Melangkaui Mobiliti), Perodua memperkenalkan model konsep teknologi tinggi, X-Concept dengan meneroka teknologi dan inovasi baharu yang seiring gaya hidup moden masa kini.

BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Myvi GT Ada Stail !!!

Mengambik bentuk dinamik hatchback, X-Concept menampilkan ciri menarik seperti gril depan dan logo Perodua yang diterangi LED, lampu depan LED bentuk Y, lampu signal berurutan, dan pintu sway yang mendedahkan ketiadaan pilar B apabila dibuka.

FALSAFAH BAHARU PEMBANGUNAN

Bahagian dalaman X-Concept mempunyai susun atur papan pemuka futuristik sekeliling panel instrumen TFT, skrin sentuh 12.9 inci dan stereng rata flat bottom. Menerusi X-Concept, Perodua cuba mendefinisikan semula falsafah pembangunan kenderaan yang bukan sekadar pengangkutan, tetapi gaya hidup moden masa kini yang lengkap dengan teknologi konektiviti.

Jika anda ke KLIMS 2018 bermula 23 November hingga 2 Disember, jangan lepaskan peluang memandu dan menghayati sendiri X-Concept secara realiti virtual (VR).

GALERI

Related

444
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: kereta konsep, KLIMS 2018, model konsep, Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, Perodua, Perodua X-Concept, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my