• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #KLIMS2018: Toyota Vios Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Bermula RM77k

#KLIMS2018: Toyota Vios Serba Baharu Kini di Malaysia, Harga Bermula RM77k

November 22, 2018 By Han Othman Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) secara rasmi melancarkan Vios serba baharu untuk pasaran Malaysia sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 yang bakal membuka tirai, esok, 23 November. Ini juga kali pertama sedan subkompak ini ditayangkan di negara ini.

Rekabentuk kali ini muncul lebih sporty berbanding model terdahulu dengan menampilkan ciri keselamatan termaju selain diberikan rating 5-bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP.

BACA >>> Filipina Lancar Toyota Vios (2019) Serba Baru - Semua Varian Ada 7 Beg Udara!

Dibina berasaskan Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA), Vios serba baharu ini menawarkan kualiti pengendalian yang lebih baik dan rekabentuk lebih dinamik, seiring dengan permulaan generasi baharu Toyota.

Model ini dijana enjin 1.5L berkuasa 105hp @ 6,000rpm dan tork 140Nm @ 4,200rpm dengan transmisi CVT, serta didatangkan dalam tiga varian: 1.5J, 1.5E dan 1.5G. Ada 5 pilihan warna ditawarkan, iaitu biru metalik, merah metalik, hitam, perak metalik dan putih. Anggaran harga ialah:

  • Toyota Vios 1.5J - RM77,000
  • Toyota Vios 1.5E - RM81,000
  • Toyota Vios 1.5G - RM87,000

Tidak ketinggalan pemilik baharu juga boleh memilih aksesori tambahan ditawarkan sepertyi kamera undur DVD-AVX  dan perakam video digital (DVR) belakang, pakej aerokit dan filem solar premium Ease Up .

Pakej aerokit terdiri daripada spoiler bampar depan, skirt sisi, spoiler bampar belakang dan spoiler lid but. Vios serba baharu didatangkan dengan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan. Tempahan model kini dibuka bermula hari ini.

GALERI

 

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: KLIMS 2018, Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, Roda4, sedan segmen-B, Segmen B, Toyota, Toyota Vios, Toyota Vios Serba Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev