• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Super Cub C125, PCX Hybrid Bakal Didedahkan di KLIMS 2018, Esok?

Honda Super Cub C125, PCX Hybrid Bakal Didedahkan di KLIMS 2018, Esok?

November 21, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELAIN Honda Forza, Boon Siew Honda (BSH) khabarnya bakal membawa masuk 2 lagi model: kapcai Super Cub 125 dan skuter PCX Hybrid. Persoalannya, adakah dua model itu akan dilancarkan serentak pada acara Pameran Motor Antarabangsa  Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, esok atau sekadar ditayangkan.

Kami ada mengajukan soalan tentang Super Cub, tetapi menurut BSH, ia perlu dipertimbangkan kerana harga model itu yang terlalu mahal. Bayangkan, seunit Super Cub C125 sudah mencecah RM15,000!

Berikut sedikit info tentang SuperCub C125 dan PCX Hybrid:

1. SUPER CUB C125

honda-super-cub-c125-3
honda-super-cub-c125-2
honda-super-cub-c125-7

Super Cub C125 tampil cukup memukau dengan mengekalkan elemen klasik yang diwarisi generasi terdahulu. Personaliti moped disempurnakan dengan ciri dan teknologi moden terkini. Kemasan krom pada beberapa bahagian motosikal memberikan imej premium dan eksklusif.

BACA >>> #GIIAS2018: Honda Cub 125 Lancar di Indonesia - Rupa Lama dan Prestasi Baru, RM15k

Ciri moden diperkenalkan ialah panel meter digital yang digabungkan bersama meter analog. Sistem lampu bercirikan LED penuh. Kapcai ini turut dibekalkan Sistem Kunci Pintar (SKS) yang disepadukan bersama penggera keselamatan dan fungsi Sistem Jawab Balik (Answer Back) yang memudahkan pemilik mengesan motosikal diparkir.

Adakah model ini bakal memasuki pasaran Malaysia?. Kita nantikan...

2. HONDA PCX HYBRID

2018-Honda-PCX-Hybrid-scooter-02
2018-Honda-PCX-Hybrid-scooter-07
2018-Honda-PCX-Hybrid-scooter-01
2018-Honda-PCX-Hybrid-scooter-04
2018-Honda-PCX-Hybrid-scooter-03
2018-Honda-PCX-Hybrid-scooter-06

PCX diperkenalkan pada Pameran Motor Tokyo 2017 yang didatangkan dalam pilihan elektrik dan hibrid. Lebih menguntungkan, kedua-dua varian itu dibuat khas untuk pasaran Asia dan bakal dijual bermula tahun ini.

BACA >>> Honda PCX Hybrid Masuk Malaysia Suku Ketiga 2018

Januari lalu, kami ada melaporkan BSH akan membawa masuk PCX Hybrid pada suku ketiga 2018. Namun, sudah tiba ke penghujung tahun, bayang skuter mesra alam itu masih tiada. Jadi, BSH mungkin mengambil kesempatan sempena KLIMS, esok untuk melancarkan PCX Hybrid.

Hasil risikan, spy kami mendakwa terserempak PCX Hybrid di reruai BSH, sekali gus mengukuhkan berita tentang skuter itu ke Malaysia. PCX Hybrid menggabungkan enjin petrol dengan tambahan kuasa elektrik. Sistem hibrid kompak PCX menggunakan bateri kuasa tinggi dan penghidup (starter) ACG sebagai bantuan operasi enjin untuk memberikan lebih kilasan tork.


PCX Hybrid dijana enjin 149.3cc SOHC PGM-FI berkuasa 14.4hp @ 8,500rpm dan tork 13.2Nm @ 6,500rpm. Bahagian motor menghasilkan kuasa 1.4kW (1.8hp) @ 3,000rpm dan tork 4.3Nm (3,000rpm). Hantaran kuasa lancar ke roda disalurkan menerusi transmisi V-Matic.

BACA >>> 10 Fakta Pantas | Honda PCX (2018) Baharu Kini di Malaysia - Harga RM10,999

Jentera seberat 136kg itu dipadankan suspensi teleskopik (depan) dan dwi absorber koil (belakang). Skuter premium ini didatangkan dengan ciri ABS dan panel meter digital penuh yang memaparkan maklumat seperti mod tunggangan, indikator isian bateri dan bateri lithium-ion.

Sama-sama kita nantikan kemunculan skuter hibrid ini esok!

Related

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda C125, Honda PCX, Honda PCX Hybrid, Honda Super Cub C125, Kapcai, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS), Moped, roda2, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev