• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hafizh, Oliveira Uji KTM RC16 dengan Seragam Hitam-Putih di Sepanyol

Hafizh, Oliveira Uji KTM RC16 dengan Seragam Hitam-Putih di Sepanyol

November 21, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


MESTI ramai peminat sukan permotoran tempatan tidak sabar menantikan aksi Kejuaraan MotoGP musim depan. Bukan saja mahu menyaksikan pasukan pertama Malaysia, Yamaha SIC dalam saingan kelas premier, tetapi juga teruja hendak melihat kelibat pelumba negara, Hafizh Syahrin bersama pasukan baharunya, Red Bull KTM Tech3.

Tech3 ialah pasukan sama yang disertai Hafizh musim ini, juga masih berstatus pasukan satelit. Cuma kali ini jentera yang akan ditunggang bukan lagi Yamaha, tetapi KTM, manakala rakan sepasukan baharunya ialah Miguel Oliveira yang direkrut naik dari Moto2.

BACA >>> #GPValencia: Musim 2018 Tamat, Cuma 4 Mata Halang Hasrat Hafizh Raih Rookie Terbaik

Rakan lama, Johann Zarco akan berlumba di bawah pasukan pengilang (factory), Red Bull KTM Factory Racing, bersama Pol Espargaro, juga pelumba pasukan sama musim ini.

View this post on Instagram

 

#bismillahfirst My new beast is ready 🖤🧡 #ktm #officialfanclubhafizhsyahrin #teamHS #HS55 #BO55KU #tech3ktm #2019startsnow

A post shared by Hafizh Syahrin Abdullah (@hafizh_syahrin) on Nov 20, 2018 at 2:17am PST

Terbaharu, laman Instagram Tech3, memuat naik beberapa foto Hafizh dan Oliveira sedang menunggang uji jentera KTM di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol. Menariknya jentera KTM nanti bukan dalam warna rasmi KTM, iaitu jingga, tetapi hitam-putih, termasuk sut dipakai Hafizh dan Oliveira, juga hitam-putih.

Hafizh aka Pescao masih kekal dengan nombor keramatnya, 55, manakala Oliveira akan memakai nombor baharu 88, tiada lagi nombor lama 44 ketika berlumba di Moto2.

BACA >>> KTM Sahkan Tech 3 Jadi Pasukan Satelit Baharu MotoGP 2019, Nasib Hafizh Bagaimana?

Apa kata Hafizh pasal motor baharunya itu?

"Aku sangat gembira berada dalam garaj KTM dan jadi sebahagian famili ini. Kami tak dapat buat banyak lap hari ini kerana trek pagi masih basah dan ramai pelumba sedang menunggu.

"Aku buat 20 lap, dan kami rancang terus sambung, tetapi hujan hampir dua jam sebelum pihak litar menamatkan ujian. Jadi kami tiada peluang untuk buat banyak lap atas trek kering. Buat masa ini, aku ada semacam perasaan yang motor ini agak bagus dalam pengendalian dan lebih berkuasa, tetapi semestinya kami perlu ubah beberapa benda untuk disesuaikan dengan tunggangan aku.

"Apapun, aku sangat gembira dapat tunggang RC16 dan tak sabar bekerja dengannya."

GALERI
hafizh-oliveira-ktm-tech3-7
hafizh-oliveira-ktm-tech3-8
hafizh-oliveira-ktm-tech3-4
hafizh-oliveira-ktm-tech3-3
hafizh-oliveira-ktm-tech3-6
hafizh-oliveira-ktm-tech3-2
hafizh-oliveira-ktm-tech3-1
hafizh-oliveira-ktm-tech3-5

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hafizh Syahrin, Johann Zarco, KTM, Miguel Oliveira, MotoGP 2019, Pol Erpargaro, Red Bull KTM Factory Racing, Red Bull KTM Tech3, Tech3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev