• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Benda yang Perempuan Selalu Simpan dalam Kereta?

#TahukahAnda: Apakah Benda yang Perempuan Selalu Simpan dalam Kereta?

February 16, 2016 By Han Othman Leave a Comment

972
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAUM Hawa memang tidak lepas dengan pelbagai aksesori dalam kereta. Macam poket Doraemon, macam-macam ada! Maklumlah banyak benda yang nak kena diusung ke pelbagai acara berbeza.

Di sini kami kongsikan tinjauan rambang berdasarkan pemerhatian ke atas kereta-kereta milik kaum hawa kita. Nampaknya lelaki dan perempuan ada pe'el berbeza pasal penjagaan kereta. Orang lelaki cenderung memiliki ruang kabin yang kemas, tetapi bilik tidur mereka berserabut (cuba ingat balik zaman bujang). Bilik tidur perempuan pula sangat kemas, tetapi tidak pula untuk kereta mereka.

BACA >>> #Videotomotif: Wanita Buat Aksi Pelik dan Bahaya, Isi Minyak Petrol dalam Beg Plastik

Ini bukan generalisasi. Ada saja perempuan yang kabin kereta mereka sentiasa kemas.

1. KASUT TUMIT TINGGI

Wajib ada. Kasut tumit tinggi bukanlah kasut harian perempuan, kebiasaannya dipakai ketika menghadiri majlis rasmi atau acara formal tertentu. Selepas majlis selesai, mereka akan bertukar kepada kasut biasa (sandal, selipar atau kasut tumit rendah). Mungkin sebab itulah mereka sentiasa bersiap sedia dengan kasut tumit tinggi dengan warna selamat, hitam. Jangan terkejut ada juga yang simpan dua atau tiga pasang kasut tinggi dalam kereta.

Tempat simpanan adalah di lantai tempat duduk belakang atau sebelah penumpang depan, dan dalam but kereta.

2. ANEKA KRIM

Negara khatulistiwa yang panas macam Malaysia ni haruslah ada krim 'sunblock'. Ada juga krim pelembap, minyak cap kapak atau bam berangin.  Tempat simpanan sama ada dalam glove box atau kotak perehat lengan.

BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul 'Glove Box' yang Ramai Pemandu Malaysia Tidak Tahu

3. KASUT SUKAN

Sama fungsi seperti kasut tumit tinggi yang digunakan pada acara tertentu saja. Selepas tamat, perempuan akan menukar kasut mereka. Tidak seperti lelaki yang boleh saja berkasut sukan dari rumah ke kompleks beli-belah, makan di hotel atau berjoging.

Tempat simpanan ada dalam laci bawah kerusi penumpang depan atau campak saja belakang but.

4. JAKET

Biasanya jaket jenis material ringan dan lembut seperti kardigan. Ia praktikal ketika berjalan-jalan di kompleks beli-belah atau menonton wayang.

Disimpan dalam laci glove box, atau diselit belakang poket kerusi, atau disangkut pada bahu kerusi dan dibutangkan. Ada stail gitu

5. SELENDANG

Ini kain sakti. Fungsi asal adalah selimut ketika tidur di sebelah (ketika si suami kesepian memandu). Selain digunakan ketika menonton wayang, selendang juga berguna untuk mengelap air tumpah atau muntah anak, membedung atau menyusu bayi, mengelap peluh, melindung kepala dari hujan, menjaga kulit dari panahan matahari, jadi hijab kecemasan kalau tudung asal kotor, dan kain tutup hidung ketika bersin.

Pehh... banyak sungguh kegunaan. Tempat simpanan selendang tidak tetap. Ia kadang dalam kawasan tertutup, kadang-kadang dibiarkan saja atas kerusi.

6. CERMIN MATA GELAP

Mesti ada supaya tampak elegan ala-ala wanita independan dan bekerjaya. Walaupun sesetengah kereta memang menyediakan kotak cermin mata gelap di siling kereta, tetapi perempuan kerap menggantungkannya pada tali pewangi atau tasbih atau hiasan yang berjurai  dari cermin pandang belakang.

Kadangkala disimpan dalam kotak asal yang diletakkan di tengah konsol audio atau papan pemuka.

7. PAYUNG

Digunakan ketika panas atau hujan. Bukan satu, kadangkala ada dua tiga payung disimpan, termasuk yang sudah rosak dan lusuh. Mungkin mahu buat senjata merembat penjenayah agaknya.

8. STOKIN

Akan diselit dalam kasut. Tapi jaga-jaga, stokin tersebut entah-entah sudah berapa bulan tidak dicuci. Prasangka baik, mereka terlupa.

9. SAMPAH

Sampah di sini bukanlah merujuk kepada sisa makanan. Kalau ada memang patut dikaratekan saja perempuan itu. Normalnya, sampah dalam kereta perempuan adalah seperti tisu (paling banyak), bungkusan makanan, air mineral, tin minuman, resit tol, beli-belah dan parkir, tiket wayang, baucar diskaun, kotak tisu kosong dan banyakkkkkkk lagi (letih pula nak tambah). 😛

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Posisi Memandu Betul dan Selamat untuk Wanita Tubuh Kecil?

Related

972
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: kasut tumit tinggi, perempuan dan kereta, ragam manusia, tabiat perempuan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev