LAMBRETTA ialah sekian banyak pengeluar motosikal yang mengambil bahagian pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 lalu. Selain mempamerkan beberapa produk popular daripada V50 hingga V125 dan V200 Special, pengeluar dari Itali itu turut menayangkan model versi lumba.
BACA >>> Skuter Vespa Tertua Sedang Dilelong, Harga Semasa Pun Sudah Lebih RM700k!
Dua model itu ialah V50 Special dan V125 Special.
1. LAMBRETTA V50 SPECIAL
V50 Special tampil dengan warna dua tona, merah dan putih. Raga besi diletakkan di depan dan belakang dan diberikan kemasan krom. Model vintaj itu dihasilkan dengan mendapat sentuhan Pusat Lambretta Rimini (RLC).
Trenkuasa ditala Casa Performance untuk menjana kuasa 47.7hp dengan kelajuan maksimum 160kmj. Di Itali perlumbaan skuter pernah jadi sangat popular suatu masa lalu dan ada banyak komponen lumba ditawarkan.
BACA >>> Skuter Ikonik Bangkit Semula, Lambretta V-Special Kekal Rupa Vintaj, Tampil Ciri Moden
2. LAMBRETTA V125 SPECIAL
V125 Special, yang turut ditayangkan sempena EICMA 2018, juga menampilkan perubahan dengan dilengkapkan aksesori kustom yang sporty, hasil adunan RLC, terdiri daripada komponen lumba seperti suspensi talaan Casa Performance, mufler, kemasan gentian karbon, brek cakera dan lain-lain.
SUMBER: BikeBros
Leave a Reply