INI berita baik yang baru kami terima. Mitsubishi Xpander sah akan memasuki pasaran Malaysia tahun ini. Semestinya kehadiran model itu bakal menggembirakan peminat kenderaan pelbagai guna (MPV) di Malaysia yang sukakan rekabentuknya yang futuristik, seksi dan menggiurkan.
Bagaimanpun, tiada sebarang tarikh didedahkan kepada kami memandangkan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sedang membuat persiapan menguruskan kehadiran Xpander ke Malaysia.
Lebih menarik, kami turut dimaklumkan model ini akan dibawa masuk secara pemasangan tempatan (CKD). Apa kami harapkan, harga jualan akan berada di paras mampu milik bersesuaian dengan ciri ditawarkan.
ENJIN 1.5L
Aspek mekanikal, MPV 7-kerusi itu didatangkan dengan enjin 1.5L MIVEC DOHC yang mampu menghasilkan kuasa 103hp dan tork 141Nm dengan padanan transmisi automatik 4-kelajuan atau manual 5-kelajuan.
Berikut antara ciri menarik yang ada pada Xpander:
- Gaya depan Dynamic Shield ialah kesinambungan ilham daripada model baharu Mitsubishi seperti Outlander PHEV, Pajero Sport dan Eclipse Cross
- Kerusi barisan kedua boleh dilipat 60:40, manakala kerusi barisan ketiga 50:50
- Kerusi barisan kedua boleh dibaringkan untuk dijadikan perehat lengan atau mengisi muatan panjang seperti gulungan karpet atau tangga
- Ada 16 pemegang cawan
- Menggunakan struktur badan monokok RISE (Reinforced Impact Safety Evolution) MMC
- 2 beg udara depan
- Dilengkapi ciri keselamatan seperti Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Aktif (ASC), Bantuan Daki Bukit (HSA) dan Signal Henti Kecemasan (ESS).
- Model ini akan bersaing dengan Toyota Rush, Honda BR-V, Toyota Avanza, Proton Ertiga dan 'SUV Perodua baharu'.
Kami memang sudah tidak sabar menunggu kehadiran Xpander ini. Maklumlah, rekabentuk MPV seperti ini memang mampu buat abang cair 🙂
BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k
BACA >>> Debut Honda BR-V di Malaysia, Crossover 7-Tempat Duduk Paling Berkuasa
lolsomany says
kena buang "er"
Khairil says
Dah masuk tahun 2019...masih tiada khabar berita.
Info nie masih valid atau tidak?
ABG GYL says
Baru Januari bro. Sabar ye.
Alfian says
Kompom x masuk. Tapi kalau masuk pun ssbagai nissan 🙂 mana mana la janji masuk. Mcm best gak mobil nih. Hehehe
firdaus says
Bila launching? my wife mengidam sgt dgn xpander ni... please give the date launching at malaysia
Yeh 2 kupang says
Hi! Saya dari masa hadapan. Dah bulan May 2019. Xpander belum masuk Malaysia
Lai says
Test drive xpander
Lai says
Test drive expander
siti hanina binti jusoh says
dah tahun 2020..bila nk masuk pasaran malaysia ni
Abang GYL says
Ya, memang tahun ini. Kereta sudah sampai Malaysia. Cuma tunggu tarikh pelancaran.
Rina says
agak2 bila ye pelancaran xpander tu.. kata hujung Jan..xde pun..tak pun April - Mei..
Azizi says
Bulan berapa agak2 tu???