• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #EICMA2018: Honda Pamer Model Sentuhan R&D Itali - CB125X, CB125M

#EICMA2018: Honda Pamer Model Sentuhan R&D Itali - CB125X, CB125M

November 8, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA nampaknya beraya sakan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 dengan mempamerkan pelbagai model baharu atau dinaik taraf kepada peminat dan pemerhati dunia permotoran. Maklumlah EICMA bukan calang-calang pameran permotoran, ia pameran motosikal terbesar dunia.

Selain motosikal yang sedia dilancarkan, Honda turut mempamerkan model istimewa di ruang Studio Rekabentuk. Di ruang itu kelihatan dua model kajian yang dibangunkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Honda di Rom, Itali, iaitu CB125X dan CB125M.

Dua motosikal itu dibina berasaskan platform CB125R (2018) dengan mendapat sentuhan Ketua Projek, Valerio Aiello dan pasukannya. Walaupun cuma model kajian, Honda nampak seakan mahu menguji respon pengunjung.

Dari namanya sudah tahu CB125X merujuk kepada perkataan 'adventure', manakala CB125M pula mengimbas perkataan 'super motard'. Walaupun hadir dengan sesaran enjin kecil, segmen 125cc memang sedang meningkat naik di Eropah dengan pasaran berkembang 25 peratus tahun ini.

BACA >>> Honda CBR 150R (2019) Kini dengan Suspensi Depan Boleh Laras! - Indonesia Sahaja

GAYA MINIMALIS, GAGAH

Honda CB125M.01
Honda CB125M.02
Honda CB125M.03

CB125M ialah motosikal naked bandar dengan gaya super motard. Rekabentuk model ini ringkas saja, tetapi bergaya minimalis dengan garisan tajam badan menonjolkan konsep jentera yang agresif.

Honda CB125X.03
Honda CB125X.02
Honda CB125X.01

CB125X pula ibarat adik bongsu kepada model kembara Honda yang dipengaruhi Africa Twin. Seperti CB125M, perekanya menggunakan gaya minimalis dan garisan tajam supaya tampil menarik yang mana enjin kecil bukan halangan untuk ia nampak gagah.

BACA >>> Boon Siew Honda Perkenal Warna Baharu, Africa Twin Kini Serba Hitam

Rupa depan CB125X menampilkan idea menarik untuk lampu dengan menampilkan tiga lokasi lampu di tengah, dan tersorok di dua sisi fairing.


Menurut Honda, kedua-dua model itu dihasilkan untuk menarik perhatian pengunjung muda yang datang ke EICMA 2018. Pendapat kami pula, dua model itu memang menarik dipandang. Harapnya jika jadi realiti kelak reka bentuknya tidak lari jauh dari apa yang dipamerkan sekarang!

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: EICMA, EICMA 2018, Honda, Honda CB125M, Honda CB125X, Pameran Motosikal Milan (EICMA), roda2, Valerio Aiello

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev