• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Tan Chong Lancar Nissan Almera Black Series, Lebih Eksklusif dan Berpersonaliti

Tan Chong Lancar Nissan Almera Black Series, Lebih Eksklusif dan Berpersonaliti

November 7, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

403
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan Nissan Almera Black Series ke pasaran tempatan untuk dua varian: 1.5L E dan 1.5L VL. Edisi serba hitam membabitkan perubahan kosmetik itu dibuat seiring kitaran hayat model tersebut yang sudah lama tidak dikemas kini.

Almera Black Series didatangkan dengan kemasan semburan cat hitam pada komponen:

  • Gril depan
  • Penutup cermin tepi
  • Spoiler
  • Rim aloi jejari-Y 15 inci
  • Kit aero rekaan khas TOMEI Powered Inc Co Ltd (spoiler bampar depan, skirt sisi dan spoiler bampar belakang)

* Harga pakej Black Series bernilai RM8,500 dengan jaminan aksesori 3 tahun atau 100,000km (mana satu tiba dahulu).


Berikut ialah harga Almera Black Series:

  • Nissan Almera Black Series  1.5L E - RM69,800
  • Nissan Almera Black Series 1.5L VL - RM79,800

* Harga termasuk nilai pakej Black Series

BACA >>> PREVIU: Nissan Almera Facelift (2015)

Bahagian kabin dipertingkatkan dengan kerusi kulit rekaan baharu bersama kemasan titanium gelap, paparan skrin audio Clarion 6.75 inci dengan kamera pandang belakang dan konektiviti Apple CarPlayTM dan Android AutoTM. Cermin Almera Black Series dipasangkan filem penebat haba Solar Gard dan siap dilengkapkan Perakam Video Digital (DVR) 150º.

Enjin masih lagi mengekalkan trenkuasa lama, 4-silinder 1.5L berkuasa 101hp @ 6,000rpm dan tork maksimum 139Nm @ 4,000rpm. Ia turut dilengkapi ciri kunci Pintar (i-Key) dengan sistem masukan tanpa kunci (keyless), butang penghidup enjin dan kawalan suhu automatik.

Almera Black Series ditawarkan dalam 5 warna: hitam (Diamond Black), putih (Brilliant White), perak (Tungsten Silver), emas (Bronze Gold) dan hijau (Titanium Olive) baharu yang eksklusif untuk model khas ini. Setiap pembelian dipakejkan bersama jaminan 5 tahun dan perbatuan tanpa had.

BACA >>> Toyota Vios (2018) Versi Kemas Kini dengan Ekstra Aksesori, Harga Serendah RM74k!

GALERI
Nissan Almera Black Series-4
Nissan Almera Black Series-11
Nissan Almera Black Series-2
Nissan Almera Black Series-6
Nissan Almera Black Series-7
Nissan Almera Black Series-8
Nissan Almera Black Series-5
ALMERA LEAFLET FINAL
Nissan Almera Black Series-10
Nissan Almera Black Series-1
Nissan Almera Black Series-3
Nissan Almera Black Series-9

Related

403
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Nissan Almera, Nissan Almera Black Series, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev