• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PREVIU: Nissan Almera Facelift (2015)

PREVIU: Nissan Almera Facelift (2015)

January 7, 2015 By admin.pandulaju 2 Comments

FacebookTwitter

01 New Nissan Almera_NISMO_Side_ w BGEDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan Nissan Almera versi dipertingkatan (Facelift) dengan menampilkan rekaan yang lebih berani dan bergaya.

Sejak diperkenalkan secara rasmi pada Oktober 2012, sebanyak 56,583 unit Almera sudah terjual dan menjadi antara model terlaris Nissan.

Bagi Almera Facelift, ia boleh didapati dalam tiga varian iaitu E (Manual dan Automatik), V serta VL – dengan pilihan menaiktaraf kepada Almera NISMO Performance Package atau NISMO Aero Package.

CREATOR: gd-jpeg v1.0 (using IJG JPEG v62), quality = 95REKAAN LEBIH SEGAR

Dari penampilan luaran, Almera facelift ini hadir bersama bampar hadapan rekaan baharu, gril hadapan tiga dimensi, lampu utama multi-reflektor, perumah lampu kabus dengan kemasan krom, lampu isyarat membelok pada cermin sisi dan rim aloi berjejari-Y bersaiz 15 inci.

Lebih tampak menarik, kesemua ciri baharu ini digabungkan bersama kemasan krom dengan bahagian sisi lebar yang menjadikan Almera sebuah sedan yang bergaya dan elegan.

Bagi mereka yang mahukan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan,Nissan turut menawarkan pakej Almera NISMO Performance Package. Ia menaerima penambahan yang merangkumi bampar spoiler hadapan dan belakang, skirting sisi, trunk lid spoiler, rim aloi bersaiz 16 inci dengan tayar Continental, peredam ekzos sports serta sistem suspensi berprestasi tinggi.

03 New Nissan Almera_Diamond Black_SideSelain itu, Almera facelift turut didatangkan bersama stereng baharu  dilengkapi butang kawalan audio, Fine Vision Meter dengan Paparan Multi-Maklumat (MID) dan konsol tengah yang direka semula serta kemasan hitam piano premium.

Dari aspek hiburan, ETCM juga menawarkan sistem Navigasi Media berasaskan Android dengan skrin bersaiz 6.5 inci yang pertama dalam segmennya. Sistem itu menawarkan kesambungan internet bersama Sistem Kedudukan Akustik Maya (Virtual Acoustic Positioning System (VAPS), Kamera Pandang Belakang, iPod, USB dan Bluetooth.

05 6.5-inch screen_Android-based Multimedia Navigation systemWalaupun menerima penambahan pada luaran dan dalaman, model sedan segmen-B ini masih mengekalkan penggunaan enjin yang sama. Almera dijana unit enjin 1.5L 4-silinder HR15DE dengan sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC).

PAKEJ ISTIMEWA NISMO

Sementara itu, bersempena ulang tahun NISMO yang ke-30, ETCM menawarkan pelbagai diskaun menarik ke atas pakej-pakej NISMO dengan setiap pembelian Almera Baharu.

Para pelanggan boleh menikmati diskaun tambahan daripada Pakej Elegance, Navi dengan Pemain DVD, dan Pakej Navi dengan Ketersambungan Internet pada Almera Baharu.

06 New Nissan Almera_Center ConsoleDengan penambahbaikan ini, Nissan Almera facelift ditawarkan pada harga RM 66,900 bagi varian E (Manual), RM69,900 (E Automatik), RM 76,900 (V) dan RM 79,900 bagi varian VL.

Dengan jaminan tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu), Nissan Almera facelift ditawarkan daam lima pilihan warna menarik;biru, hitam, emas, putih dan perak.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Almera versi dipertingkatkan, Model Sedan Nissan, Nisaan lancar Almera baharu, Nissan Almera E, Nissan Almera Facelift, Nissan Almera Nismo, Nissan Almera V, Nissan Almera VL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev