• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Citroen Grand C4 SpaceTourer - MPV Premium yang Mampu Milik, Harga RM149,888

Citroen Grand C4 SpaceTourer - MPV Premium yang Mampu Milik, Harga RM149,888

November 7, 2018 By Azhan O Leave a Comment

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAZA Euro Motors Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama Citroën di Malaysia memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV) 7 kerusi, Grand C4 SpaceTourer dengan menampilkan rekabentuk dipertingkat, pengalaman keselesaan unik dan teknologi generasi terkini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Kumpulan Automotif Naza Corporations Holdings Sdn Bhd, Dato' Samson Anand George berkata, Gand C4 SpaceTourer direka dengan ruang, versatiliti dan inovasi yang mampu membuatkan sesiapa saya rasa mahu memandang.

BACA >>> Citroën C4 Cactus (2018) - Rekaan yang Seunik Nama!

"MPV ini menawarkan pelbagai ciri praktikal, bersama keselamatan intuitif dan teknologi prestasi yang akan diterima baik ramai pembeli Malaysia," katanya.

LUARAN PENUH GAYA


Penampilan luaran Citroën Grand C4 SpaceTourer dengan mudah mampu menarik perhatian umum menerusi cermin depan lebar dan bonet landai bersama lencana Chevron yang bersambung dengan lampu utama.

Lampu utama langsing daripada jenis Bi-Xenon dengan pelarasan tinggi manual, manakala lampu siang (DRL) menyerlahkan rupa depan yang lebih bergaya. Sekitar bawah bampar depan ialah lampu kabus yang dikelilingi kemasan krom yang memberikan personaliti elegan kepada MPV famili ini.

Lampu kabus di belakang dibenamkan dalam bampar, manakala lampu belakang direka unik dengan pencahayaan 3D. Dari sisi ialah rim aloi Boa 17 inci dan lekuk badan maskular.

BACA >>> Berpisah dengan Citroen, DS Kini Tampil Sebagai Jenama Solo

Menjengah ruang dalaman, Grand C4 SpaceTourer dihiaskan kombinasi kemasan premium dalam ambien Hype Grey. Papan pemuka menghidangkan paparan sentral panoramik warna definisi tinggi (HD) 12 inci, juga terbesar dalam segmen MPV, dan disempurnakan dengan skrin sentuh 7 inci.

Konektiviti standard terdiri daripada sambungan Android Auto, Apple CarPlay, Mirrorlink dan USB. Pengguna turut diberikan ciri brek parkir elektrik (EPB), stereng kuasa elektrik (EPS), sokoet 12V di storan tengah dan meja gaya pesawat di belakang dengan LED.

Citroën turut menambah lebih kompartmen storan untuk MPV ini seperti kompartment bawah lantai, kotak storan tengah mudah alih, dan kompartment di sekeliling kenderaan. Tempat duduk baris kedua dan ketiga juga boleh lipat untuk menambah keluasan but mengikut keperluan, daripada 632 liter kepada 2,181 liter.

KESELESAAN OPTIMUM


Ciri keselesaan baharu lain yang diperkenalkan pada Grand C4 SpadeTourer ialah pintu but elektrik bebas angan dengan memori yang dapat dibuka dan ditutup semudah mengunjurkan kaki di bawah bampar belakang.

Bagi memastikan Grand C4 SpaceTourer mencapai standard kualiti keselesaan ditetapkan program Citroën Advanced Comfort (CAF), model ini dibangunkan berasaskan platform Efficient Modular Platform 2 (EMP2) dengan menggabungkan teknologi yang mensasarkan jaminan keselamatan dan keselesaan tahap tinggi, termasuk menawarkan dinamik pemanduan dan kecekapan terbaik.

BACA >>> Citroen C3 Aircross Tidak Mahu Kalah, Turut Rancakkan Segmen Crossover [Foto + Video]

Bagi tambahan keselamatan, kenderaan ini dilengkapkan sistem bantuan pemandu inovatif seperti Brek Keselamatan Aktif (ASB), biasanya ada pada varian premium, Pengecaman Had Kelajuan (SLR) dan Amaran Perhatian Pemandu (DAA). ASB bekerja dalam kelajuan 30kmj dan berfungsi mengelak perlanggaran, manakala SLR membantu pemandu mematuhi halaju ditetapkan, dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dengan mengecam papan tanda had laju sebelum memberikan maklumat kepada pemandu menerusi panel instrumen.

DAA pula ialah sistem keselamatan yang berfungsi mengesan pemandu yang letih dan bertindak membantu mereka kekal berjaga-jaga sepanjang memandu dengan menggunakan sensor pada roda stereng.

Sebagai tambahan, Grand C4 SpaceTourer memiliki ciri keselamatan standard seperti 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dengan Kawalan Traksi (TCS), brek tangan automatik, dan Bantuan Mula Daki (HSA), Cermin Pantau Kanak-Kanak Dalaman (ICMM), DAA dan 3 poin ISOFIX di tempat duduk baris kedua.

ENJIN 1.6L TURBO


Citroën Grand C4 SpaceTourer baharu dikuasakan enjin 1.6L Turbo Tekanan Tinggi (THP) berkuasa 165hp dan trok 240Nm @ 1,400rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Tahap kecekapan bahan api ialah 5.8 liter per 100km.

Warna ditawarkan pula ialah Ruby Red (merah), Lazuli Blue (biru), Onyx Black (hitam) dan Polar White (putih). Grand C4 SpaceTourer dijual pada harga RM149,888 tanpa insurans, dan kini untuk masa terhad didatangkan dengan servis percuma 3 tahun, termasuk waranti 5 tahun atau 120,000km, Bantuan Jalanan 24 jam dan ruang rehat eksklusif Sky Lounge di Subang Skypark.

BACA >>> Citroen, Le Coq Sportif Bikin Semula Van Klasik Type H

Anda boleh membuat janji temu dan pandu uji di mana-mana bilik pameran Citroën terdekat atau hubungi: 03-5566 3685 (Glenmarie) atau 03-8076 1788 (Puchong), 04-3322 001 (Butterworth) dan 07-3537 000 (Plentong).

GALERI
citroen-c4-grand-spacetourer-malaysia-1
citroen-c4-grand-spacetourer-malaysia-2
citroen-c4-grand-spacetourer-malaysia-3
citroen-c4-grand-spacetourer-malaysia-4
citroen-c4-grand-spacetourer-malaysia-5
citroen-c4-grand-spacetourer-malaysia-6
citroen-c4-grand-spacetourer-malaysia-7
citroen-c4-grand-spacetourer-malaysia-8
citroen-c4-grand-spacetourer-malaysia-9
citroen-c4-grand-spacetourer-malaysia-10
citroen-c4-grand-spacetourer-malaysia-11

 

Related

164
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Citroen, Citröen Grand C4 SpaceTourer, Dato' Samson Anand George, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, NAZA Euro Motors Sdn Bhd, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud Istilah Pada Label Botol Minyak Enjin?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev