• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Tarok Concept - Trak Pikap Serba Sederhana, Praktikal dengan Enjin 1.4L TSI!

Volkswagen Tarok Concept - Trak Pikap Serba Sederhana, Praktikal dengan Enjin 1.4L TSI!

November 8, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

587
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRAK pikap ialah kenderaan yang versatil dengan keupayaan memuatkan penumpang hingga 5 orang pada satu-satu masa dan menampung pelbagai barangan dalam ruang kargo di belakang. Ia boleh dipandu untuk kegunaan dalam bandar, hutan atau jelajah merentasi negara.

Bagaimanapun, trak pikap hari ini sudah menjadi 'gergasi' dengan saiz badan semakin membesar dan teknologi ala kereta mewah. Perkembangan ini nampak lari daripada konsep asal sesebuah trak pikap sebenar iaitu tahan lasak, berteknologi ringkas dan mudah disenggara.

Jika anda sedang buat tinjauan dalam segmen ini, cuba periksa kos penyenggaraan dan anda pasti terkejut dengan kos yang perlu dibayar.

BACA >>> Gadis 15 Tahun Main Kejar-Kejar dengan Polis, Pecut Trak Pikap Hingga 160kmj

Pengeluar trak pikap perlu kembali kepada sifat asal kenapa ia digemari pelanggan. Nampaknya, Volkswagen sedar akan hal tersebut dan itu dapat dilihat melalui tayangan perdana Tarok Concept sempena Pameran Motor Antarabangsa São Paulo yang sedang berlangsung dari 6 hingga 8 November ini.

SAIZ SEDERHANA, PRAKTIKAL


Trak pikap pacuan semua roda (AWD) ini tampil dalam saiz sederhana, dengan panjang 5 meter dan ciri inovatif isian kargo yang berkongsi dengan kerusi penumpang belakang direbahkan. Ini bukan trak pikap yang diubah suai daripada Amarok, tetapi direka daripada asas dengan idea segar.

Satu lagi ciri unik ialah pilar C ala kereta targa (bumbung boleh alih) dan pelbagai ciri lain seperti lampu belakang LED 3D dan panel sisi untuk tampil seperti trak pikap urban.

Trak pikap dengan ukuran 5 meter bukan ciri ideal sebagai kenderaan pengangkut barang. Jadi, dinding belakang kerusi penumpang boleh dibuka untuk memuatkan lebih banyak barang atau disesuaikan dengan muatan panjang. Walaupun nampak kecil, trak pikap ini mampu menanggung beban hingga 1 tan.

Bahagian dalaman pula tidak boleh lari daripada peredaran zaman, papan pemuka nampak seperti kereta penumpang canggih dengan sistem infotainmnet  dan kawalan penyaman udara digital. Selain saiz sederhana, trak pikap ini dibekalkan enjin kecil 1.4L TSI berkuasa 149hp dengan padanan transmisi automatik 6-kelajuan bersama sistem AWD 4MOTION.

Walaupun masih peringkat konsep, Tarok Concept nampak seperti sudah siap dipasarkan. Menurut Volkswagen, trak pikap itu jugaberpotensi dipasarkan ke peringkat antarabangsa dengan enjin lebih besar, 2.0 TDI (turbodiesel).

Apa pendapat anda? Kami sukakannya dan molek juga jika ia dibawa masuk ke Malaysia asalkan teknologinya ringkas dan mudah diselenggara, sesuai dengan ciri sebenar sebuah trak pikap sejati.

BACA >>> Volkswagen Beetle Final Edition Akhiri Legasi Model Ikonik 70 Tahun

GALERI
Volkswagen Tarok Concept.01
Volkswagen Tarok Concept.02
Volkswagen Tarok Concept.03
Volkswagen Tarok Concept.04
Volkswagen Tarok Concept.05
Volkswagen Tarok Concept.06
Volkswagen Tarok Concept.07
Volkswagen Tarok Concept.08
Volkswagen Tarok Concept.09
Volkswagen Tarok Concept.10
Volkswagen Tarok Concept.11
Volkswagen Tarok Concept.12
Volkswagen Tarok Concept.13

Related

587
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: model konsep, Pameran Kenderaan Antarabangsa São Paulo, Roda4, Trak pikap, Volkswagen, Volkswagen Tarok Concept, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev