PASARAN motosikal elektrik tempatan semakin meriah dengan kehadiran model baharu jenama Voltrix. Sebagai permulaan, BKZ Motor Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama itu memperkenalkan 3 model:
- Voltrix Hunter - RM4,750
- Voltrix Milano - RM3,950
- Voltrix SG60 - RM4,950
Semua skuter tersebut dijangka berada di pasaran Malaysia tahun depan yang dipasangkan BKZ Motor Sdn Bhd sendiri. Ketiga-tiga model tersebut menggunakan motor elektrik DC brushless dengan kuasa daripada bateri MF Lead Acid Gel. Semua model Voltrix turut didatangkan dengan waranti 3 tahun atau 20,000km perbatuansebagai standard.
Kepada pelanggan yang mahukan jaminan hingga 10 tahun, BKZ Motor menyediakan pakej khas dengan kaedah bayaran tertentu. Berikut maklumat ringkas mengenai model Voltrix.
BACA >>> Motosikal Elektrik 3-Roda Berbumbung Tidak Lulus JPJ
1. VOLTRIX HUNTER
- Hunter ialah model paling berkuasa dengan padanan motor elektrik 1,200watt dan bateri 72V/20Ah yang mampu menghasilkan kuasa 1800watt dan tork maksimum 110Nm.
- Motosikal ini mampu bergerak sejauh 70km (bateri penuh) dengan kelajuan maksimum 45kmj. Skuter elektrik seberat 110kg dipasangkan brek cakera (depan) dan dram (belakang), suspensi teleskopik dan dual absorber di belakang dengan jarak kelegaan tanah 150mm.
BACA >>> Miku Max - Skuter Elektrik Popular China yang Unik dan Ranggi
2. VOLTRIX MILANO
- Milano dilengkapi motor elektrik berkuasa 800watt dan bateri 48V/20Ah yang mampu menghasilkan kuasa 1,000watt dan tork 72Nm.
- Bagaimanapun, Milano hanya mampu bergerak sejauh 50km dengan bateri penuh pada kelajuan maksimum 40kmj.
3. VOLTRIX SG60
- Motor elektrik ini berkuasa 800watt bersama bateri berkapasiti 60V/20Ah. Kuasa yang dihasilkan tidak jauh berbeza dengan angka 1,000watt dan tork 72Nm.
- Isian bateri penuh membolehkan model ini bergerak sejauh 60km dengan kelajuan maksimum 40kmj.
BACA >>> Vespa Elettrica Buka Tempahan Awal untuk Pasaran Zon Euro, Harga €6,390 (RM30,499)
Kepada pemilik Voltrix sedia ada yang mahu menukar kepada model baharu dalam tempoh 5 tahun akan diberikan rebat hingga 50 peratus.
Leave a Reply