• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Modenas Dominar 400 Kini Pada Harga RM15,488 - Adakah Masih Berbaloi Dimiliki?

Modenas Dominar 400 Kini Pada Harga RM15,488 - Adakah Masih Berbaloi Dimiliki?

November 1, 2018 By Abang GYL Leave a Comment

832
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

modenas dominar 400MULA dilancarkan pada April 2018, Modenas Dominar 400 membuat kejutan di Malaysia dengan menawarkan harga tidak masuk akal iaitu RM13,788, tanpa GST. Harga itu mengejutkan ramai peminat roda dua Malaysia kerana dijual lebih murah daripada jangkaan asal, iaitu sekitar RM18,000.

Kini selepas 6 bulan di pasaran, Modenas mengumumkan harga baharu bagi Dominar 400, iaitu RM15,488 berkuatkuasa serta merta. Dalam erti lain, ia mengalami kenaikan sekitar RM872 jika dibandingkan dengan harga asal, termasuk era GST lalu.

Walaupun mengalami kenaikan harga, ia masih lagi meletakkan Modenas Dominar 400 sebagai motosikal sport tourer paling mampu milik di pasaran berbanding pesaing lain. Orang ramai juga sedia maklum bahawa harga RM13,788 ialah promosi pengenalan dan Modenas bakal mengumumkan harga baharu. Bagaimanapun, ia tetap masih lagi dijual pada harga mampu milik.

BACA >>> 10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Modenas Dominar D400

Modenas Dominar 400 Malaysia_PanduLaju (16)
lampu belakang modenas dominar 400
modenas dominar 400
lampu modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400

ENJIN 373CC DTS-i

Modenas Dominar 400 didatangkan dengan enjin silinder tunggal bersesaran 373cc DTS-i, sama seperti digunapakai KTM Duke 390, tetapi dengan tiga palam pencucuh,  Secara tidak langsung, tahap penggunaan bahan api lebih cekap dan gaya tunggangan santai serta hantaran kuasa linear.

Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan dengan klac sliper, motosikal itu menghasilkan kuasa 35hp @ 8,000rpm berserta tork 35Nm @ 6,500rpm. Pecutan 0-100kmj pula mampu dibuat sepantas 8.2 saat. Memiliki berat 182kg, Dominar 400 turut dipadankan kapasiti minyak 13 liter. Suspensi depan menggunakan fork teleskopik 43mm dan absorber Multi Step Adjustable Mono Shock di belakang.

Tugas ruangan roda depan pula diserahkan kepada tayar 110/70 R17, manakala belakang menggunakan 150/60 R17. Gaya Dominar diserlahkan menerusi lampu depan LED unik, visor pengadang angin kecil dan kluster instrumen digital.

Persoalannya, adakah masih berbaloi walaupun mengalami kenaikan harga? Adakah spesifikasi ditawarkan cukup untuk anda? Apapun, jangan lupa upgred lesen besar dulu sebelum beli Modenas Dominar 400. Kepada yang sudah memilikinya, mungkin boleh kongsikan pengalaman anda sepanjang menunggang jentera itu dengan menulis komen di bawah. Ataupun hantar saja artikel kepada kami. Kalau menarik akan disiarkan!

BACA >>> Beginilah Bunyi Ekzos Modenas Dominar 400 Apabila Enjin Dihidupkan - Mengancam?

GALERI
modenas dominar 400
Modenas Dominar 400 Malaysia
tunggang uji modenas dominar 400
modenas dominar d400 Malaysia
modenas dominar 400
lampu belakang modenas dominar 400
lampu modenas dominar 400
Modenas Dominar 400 Malaysia
modenas dominar 400
lampu Modenas Dominar 400 Malaysia
modenas dominar 400
meter Modenas Dominar 400 Malaysia
meter modenas dominar 400
modenas dominar 400
Modenas Dominar 400 Malaysia

Related

832
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Enjin Modenas Dominar 400, harga baru Modenas Dominar 400, harga dominar baru, harga Modenas Dominar 400 2018, modenas dominar 400, top speed Modenas Dominar 400

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev