• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Beginilah Bunyi Ekzos Modenas Dominar 400 Apabila Enjin Dihidupkan - Mengancam?

Beginilah Bunyi Ekzos Modenas Dominar 400 Apabila Enjin Dihidupkan - Mengancam?

October 8, 2017 By Abang GYL 1 Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

modenas dominar 400SEPERTI kami maklumkan sebelum ini, Modenas sah bakal membawa masuk model penjenamaan semula (rebadged) keempat Bajaj, Dominar 400 ke pasaran Malaysia menjelang awal tahun hadapan.

Baru-baru ini saya dan beberapa rakan media lain diberikan kesempatan menunggang uji jentera tersebut ketika melawat kilang Bajaj Auto Ltd (BAL) di Pune, India. Apa yang kami boleh katakan, Modenas Dominar 400 (nama versi Malaysia jika sah lancar) bakal jadi motosikal kegemaran ramai rakyat Malaysia!

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Bunyi Ekzos BMW G 310 R Apabila Enjin Dihidupkan

modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
modenas dominar 400
meter modenas dominar 400

ENJIN 373CC – KELAJUAN MAKSIMUM 160KMJ?

Modenas Dominar 400 ialah motosikal streetbike dengan enjin silinder tunggal bersesaran 373cc DTS-i yang turut digunakan KTM Duke 390. Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, motosikal itu mampu menghasilkan kuasa 35hp pada 8,000rpm berserta tork 35Nm (6,500rpm) dengan pecutan 0-100kmj sepantas 8.2 saat.

Modenas Dominar 400 juga mampu memecut pada kelajuan maksimum 160kmj berdasarkan beberapa video yang dimuat naik beberapa pengguna dalam laman perkongsian video, YouTube.

BACA >>> #Videotomotif: Mari Kita Dengar Bunyi Ekzos Yamaha RX-Z TwinBoss

Bagaimanapun, ketika diberikan peluang melenjan Dominar 400 di litar BAL, kami hanya mampu memecut hingga 152kmj kerana jarak panjang trek lurus dalam litar berkenaan cuma 1 kilometer. Apapun, kami yakin jentera tersebut mampu pergi lebih pantas.

Aspek tunggangan langsung tidak jadi masalah, terutama jika anda penunggang berbadan besar dan sado seperti saya. Sementara menunggu kehadiran jentera tersebut ke Malaysia, apa kata kita dengar dahulu bunyi enjin Modenas Dominar 400.

Bagaimana?

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: bunyi enjin modenas dominar 400, ekzos modenas dominar 400, Enjin Modenas Dominar 400, harga modenas dominar 400, modenas dominar 400, modenas dominar 400 malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my