• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Zero Motorcycle Umum Barisan Model Baharu 2019

Zero Motorcycle Umum Barisan Model Baharu 2019

October 30, 2018 By Aryon Leave a Comment

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ZERO MOTORCYCLES mengumumkan barisan model 2019 yang menjanjikan lebih kuasa, peningkatan keupayaan off-road dan gaya lebih segar. Dengan pertambahan minat peminat motosikal terhadap jenera dual sport, tidak menghairankan kenapa Zero memberikan lebih tumpuan kepada barisan DS

BACA >>> Zero Motorcycles Perkenal Logo Baharu yang Lebih Arus Perdana

Pertama sekali ialah model aras mula, Zero S ZF7.2 dan DS ZF7.2 yang ditingkatkan sebanyak 42 peratus. Model DS juga 42kg lebih ringan, sekali gus menambah baik nisbah kuasa kepada berat.

ZERO S
ZERO DS

Zero DSR (2019) dengan tork 146Nm pula dibekalkan visor pengadang angin dual sport, grip tangki, gad tangan dan soket aksesori 12V, manakala versi touring, DSR Black Forest Edition diberikan tambahan beg kargo bersepadu berserta kelengkapan menunggang.

ZERO DSR
ZERO DSR BLACK FOREST EDIITON

KEMAMPUAN MENGECAS LEBIH BAIK


Bagi kemampuan mengecas lebih baik untuk jentera jalanan dan dual sport, Zero melancarkan aksesori tangki cas aka 'Charge Tank' 6Kw yang boleh dipasangkan pada model S, SR, DS, dan DSR keluaran 2015. Charge Tank membolehkan motosikal dicas 6 kali lebih pantas berbanding soket dinding standard menerusi stesen cas Tahap 2 standard, dengan menambah lebih 137km untuk jarak tunggangan urban dalam masa sejam.

Zero turut mengumumkan 'Mod Storan Jangka Panjang' yang mana kondisi motosikal secara automatik berubah kepada mod rendah kuasa untuk mengoptimumkan cas bateri selain menambah baik kesihatan bateri untuk jangka panjang.

ZERO FX
ZERO FXS

Semua model 2019 menampilkan gaya, warna dan grafik baharu. Zero FX dan FXS misalnya ditawarkan dalam warna Dune (kuning cair) dan Rhino Grey (kelabu). Zero S dan SR pula didatangkan dalam warna Jet Black (hitam) dan Black Metallic (hitam metalik), manakala Zero DS dan DSR akan memakai warna badan Sandstone (coklat cair) dan Caldera Metallic (coklat gelap).

BACA >>> 19 Fakta | Kenapa Zero (Motosikal EV) dan Tesla (Kereta EV) Tidak Sama?

Semua model baharu itu kini sudahpun berada di pengedar sah seluruh Amerik Syarikat, dan dipakejkan bersama waranti 5 tahun atau waranti bateri tanpa had perbatuan.

SUMBER: RideApart

Related

260
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Amerika Syarikat (AS), Auto Terkini, Moptosikal EV, motosikal elektrik, roda2, Zero Motorcycles, Zero Motorcycles 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev