SEBELUM ini, netizen Indonesia, Thailand dan Malaysia dihidangkan beberapa foto samaran Toyota Camry serba baharu sedang dipandu uji di Thailand sana. Kini pelancaran sedan segmen D itu semakin hampir apabila Toyota Thailand memuat naik aplikasi detik jam di laman web rasmi wakil pengeluar itu.
Kemudian, tiada angin, tiada ribut atau pokok pula tidak bergoyang, tiba-tiba UMW Toyota Motor (UMWT) pula memaparkan laman khas di laman web wakil pengeluar itu yang mempelawa peminat Camry serba baharu mendaftarkan diri. Bukan pratempahan, mungkin lebih kepada maklumat lengkap apabila model sebenar didedahkan.
Lebih mengujakan, foto samar-sama rupa depan Camry generasi ke-10 itu terpampang sepotong ayat bertulis:
ALL-NEW CAMRY WILL BE UNLEASHED 1.11.18"
Ini bermakna butiran lanjut tentang Camry akan didedahkan sedikit masa lagi. Wow!
REKABENTUK LEBIH TRENDY
Seperkara tentang Camry serba baharu ialah rekabentuk baharu model itu yang kini tampil lebih agresif berbanding generasi terdahulu. Boleh dikatakan, inilah Camry dengan wajah paling agresif pernah dikeluarkan. Pemilihan itu juga dibuat supaya Camry tidak semata-mata membawa imej tradisional yang lebih kepada pemandu berusia.
Imej baharu itu juga sebenarnya mengikut trend sedan segmen D masa kini. Lihat saja pesaing lain seperti Honda Accord, Mazda6 dan Kia Optima.
BACA >>> LEGO Toyota Camry - Saiz Penuh dengan Berat 2 Tan dan 900 Jam Disiapkan
Spesifikasi pula, UMWT dijangka memasarkan Camry dalam 2 varian enjin: 2.0L dan 2.5L. Namun, masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi spesifikasi, tetapi kami percaya berdasarkan ciri-ciri mengagumkan pada Rush baharu, Camry juga akan muncul cemerlang.
Ini paling menarik kerana seteru terdekat seperti Honda Accord dibekalkan ciri canggih seperti Honda Sensing. Bagi mencabar BR-V, UMWT menyediakan pesaing hebat dan lengkap, iaitu Rush. Tentang harga pula, berdasarkan harga model sebelum ini, dan saingan terdekat seperti Accord, Mazda6 dan pesaing lain dalam segmen D, kami jangka julat harga Camry bermula RM140,000-RM170,000.
Kita sama-sama nantikan detik 1 November nanti untuk menyaksikan hidangan terbaru UMWT.
BACA >>> Toyota Corolla Touring Sports (2019), Versi Wagon dengan Ekstra Ruang, Kualiti Premium
GALERI
* Toyota Camry versi Jepun
Leave a Reply