MAVERICK Vinales menamatkan kemarau kemenangan Movistar Yamaha apabila memenangi Grand Prix (GP) Australia di Philip Island, sebentar tadi. Sementara itu, adinda Marc Marquez yang baru saja mengesahkan kemenangan MotoGP buat kali ke-5 terlibat kemalangan tragis dengan pelumba Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco yang memaksa kedua-dua pelumba tersingkir daripada saingan.
Walaupun berlumba dari petak kedua, Vinales bermula lambat hingga ketinggalan di kedudukan ke-8 pada penghujung lap 8. Namun pelumba Sepanyol itu perlahan-lahan bangkit dan saling berkejaran dengan rakan sepasukan, kekanda Valentino Rossi yang bermula di tempat ke-17. Namun, selepas itu dia langsung meninggalkan kekanda di belakang ketika perlumbaan berbaki sepertiga pusingan.
BACA >>> Status Pasal Hafizh Lebih Laku daripada Marquez dan Rossi
Kemudian, lima pelumba saling bersaing antara Ducati dan Suzuki, termasuk kekanda Rossi, manakala Vinales memegang jurang masa 4 saat dengan lima pusingan perlu dihabiskan.
Walaupun menunjukkan prestasi hebat ketika aksi kelayakan, pelumba Suzuki , Andrea Iannone gagal mengejar Vinales yang akhirnya berjaya menghadiahkan kemenangan buat Yamaha selepas kali terakhir melakukannya pada 2017 di GP Belanda.
Kemenangan itu juga kemenangan pertama Vinales tahun lalu di Le Mans dan pasti melegakan pelumba itu selepas bergelut dengan prestasi sepanjang menyarung sut Yamaha.
PESCAO JATUH MOTOR
Paling menyedihkan, pelumba negara Hafizh Syahrin tersungkur di lap ke-18 ketika saingan tinggal 9 lap untuk ditamatkan, manakala lawan paling dekat dalam perebutan takhta Rookie of the Year, Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) menghabiskan saingan di tempat ke-8 dengan mengumpul 8 mata berharga.
BACA >>> Adinda Marquez Lakar Sejarah - Juara MotoGP Pertama Tercabut Bahu!
Kini kedudukan mata keseluruhan Morbidelli setakat ini ialah di tempat ke-14 dengan 46 mata, manakala Hafizh, 34 mata. Nampaknya harapan el Pescao semakin samar melainkan dia melakukan keajaiban dalam baki dua saingan lagi.
KEPUTUSAN GP AUSTRALIA 2018
- Maverick Viñales ESP Movistar Yamaha (YZR-M1) 27 laps, 40m 51.081s
- Andrea Iannone ITA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +1.543s
- Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP18) +1.832s
- Alvaro Bautista ESP Ducati Team (GP18) +4.072s
- Alex Rins ESP Suzuki Ecstar (GSX-RR) +5.017s
- Valentino Rossi ITA Movistar Yamaha (YZR-M1) +5.132s
- Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP17) +6.756s
- Franco Morbidelli ITA EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* +21.805s
- Aleix Espargaro ESP Factory Aprilia Gresini (RS-GP) +22.904s
- Bradley Smith GBR Red Bull KTM Factory (RC16) +22.940s
- Karel Abraham CZE Angel Nieto Team (GP17) +34.386s
- Danilo Petrucci ITA Pramac Ducati (GP18) +35.025s
- Scott Redding GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP) +36.348s
- Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)* +36.389s
- Xavier Simeon ESP Reale Avintia (GP17)* +44.214s
- Thomas Luthi SWI EG 0,0 Marc VDS (RC213V)* +48.226s
- Jordi Torres SPA Reale Avintia (GP16) +1m 04.965s
- Mike Jones AUS Angel Nieto Team (GP16) +1m 19.817s
- Pol Espargaro ESP Red Bull KTM Factory (RC16) DNF
- Hafizh Syahrin MAL Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1)* DNF
- Dani Pedrosa ESP Repsol Honda (RC213V) DNF
- Marc Marquez ESP Repsol Honda (RC213V) DNF
- Johann Zarco FRA Monster Yamaha Tech3 (YZR-M1) DNF
* Rookie
Leave a Reply