• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Status Pasal Hafizh Lebih Laku daripada Marquez dan Rossi

Status Pasal Hafizh Lebih Laku daripada Marquez dan Rossi

October 27, 2018 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


MOTOGP
patut berterima kasih kepada Hafizh Syahrin kerana sejak pelumba Malaysia itu direkrut masuk ke kelas premier musim ini, apa saja status Facebook rasmi mengenai rookie itu sentiasa mendapat sokongan hangat peminatnya di negara sendiri, termasuk ribuan dari negara Asia lain, terutama jiran seberang Indonesia.

Malah, status mengenai anak muda asal Selangor itu mudah saja mengalahkan pelumba berstatus 'king' seperti adinda Marc Marquez dan kekanda Valentino Rossi.

BACA >>> Dapat 10 Terbaik di GP Jepun Buka Semula Peluang Hafizh Buru Gelaran Rookie Terbaik

Kalau tidak percaya, lihatlah status terbaharu yang menunjukkan aksi Hafizh sedang menari dalam laman Facebook MotoGP, kelmarin. Setakat artikel ini ditulis, status itu sudah mendapat 10,000 like, lebih 1,500 perkongsian, lebih 500,000 tontonan dan lebih 500 komen! Wow.

Dan jika diskrol ke atas melihat status terbaharu lain, cuma status Alex Rins (membonceng Jack Miller) dan Dani Pedrosa (jadi penunggang uji KTM) mengatasi Hafizh, yang masing-masing mendapat (14,000 like, 950 perkongsian) dan (27,000 like, 4347 perkongsian).

Tetapi apabila membaca komen, memang majoriti peminat Hafizh berasal dari Malaysia dan Indonesia yang memenuhi ruang komen tersebut. Lucunya, masing-masing saling menyindir tentang asal-usul  pelumba tersebut. Sebenarnya, bukan sekali dua Hafizh melakukan aksi gila-gila di depan kamera seperti itu.

Jangan lupa saksikan aksi Hafizh dalam saingan MotoGP di Phillip Island, Australia. Dia akan bermula di petak ke-10, di belakang pelumba Ducati Team, Andrea Dovizioso. Terbaik Pescao!

BACA >>> Kuat Meronta Pun Gagal Selamatkan Diri, Hafizh Syahrin Teruk Kena Serang

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: auto terkini, el pescao, Hafizh Syahrin, Marc Marquez, MotoGP, Pescao 55, roda2, Rookie, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?
    #TahukahAnda: Kenapa Basikal Perempuan Ada Palang Senget?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my