• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Rempuh Mendiang Nicky Hayden Dipenjara, Hadapi Tuntutan Sivil Jutaan Ringgit

Pemandu Rempuh Mendiang Nicky Hayden Dipenjara, Hadapi Tuntutan Sivil Jutaan Ringgit

October 23, 2018 By Aryon Leave a Comment

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS lebih setahun Nicky Hayden maut dirempuh kereta ketika berbasikal berhampiran litar Misano, pemandu yang bertanggungjawab atas kematian pelumba legenda itu akhirnya didapati bersalah. Prosiding mahkamah berjalan sepanjang tempoh interim yang tidak hanya melibatkan perbicaraan kes jenayah, tetapi juga tuntutan sivil daripada keluarga Hayden.

Keputusannya, mahkamah Itali menjatuhkan hukuman bersalah ke atas pemandu berusia 31 tahun itu atas jenayah homisid. Hukuman dikenakan ialah setahun penjara, lesen memandu digantung dan perlu membayar kos perbicaraan  mahkamah. Bagaimanapun, peguam pemandu itu, Pierluigi Autunno berkata, rayuan bagi pihak defendan akan dibuat.

BACA >>> Bekas Juara MotoGP, Nicky Hayden Meninggal Dunia

"Ia drama dua keluarga. Kami akan merayu, tiada banyak laporan dan segalanya berlegar dalam rangkaian sebab akibat. Kami percaya klien sudah melakukan apa saja untuk mengelak kemalangan itu. Kami akan merayu," katanya.

DIREMPUH DI ZON PERLAHAN

nicky-hayden-maut-2
Nicky Hayden
https://www.riminitoday.it/cronaca/incidente-stradale/tremendo-schianto-nicky-hayden-bici-pilota-di-superbike-coinvolto-nell-incidente.html

Hayden dirempuh ketika sedang melewati satu tanda henti pada 17 Mei 2017, dan menghembuskan nafas terakhir 5 hari kemudian. Juara MotoGP itu baru berusia 35 tahun. Ketika kejadian, kereta pesalah dipandu 70kmj dalam zon halaju 50kmj sambil hakim mengetepikan kenyataannya yang mendakwa dia memandu perlahan. Menurut hakim, jika dipandu perlahan, pesalah sepatutnya dapat mengelak melanggar mendiang.

Tempoh rayuan yang perlu dibuat ialah dalam masa 90 hari.

Dalam perkembangan lain, keluarga Hayden kini dalam proses membuat tuntutan sivil bernilai AS$6 juta (24.9 juta) ke atas pesalah yang dilindungi sepenuhnya daripada polisi insuran Itali.

BACA >>> Pelumba Pertama Sekat Dominasi Rossi, Nicky Hayden Maut Kemalangan Basikal

Walaupun cuma sempat sekali menjadi juara MotoGP, iaitu pada 2006, tetapi Hayden terkenal sebagai pelumba yang berjaya menghalang pelumba legenda Valentino Rossi daripada mencatatkan kemenangan ke-6 berturut-turut pada tahun itu.

SUMBER: VisorDown

Related

541
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Kemalangan Nicky Hayden, Kentucky Kid, MotoGP, Nicky Hayden, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev