KETIKA ramai peminat FZ150i terkejut menyaksikan nasib model itu yang digugurkan Yamaha Malaysia tanpa pengganti dalam kategori sama, Astra Honda Motor (AHM) di Indonesia pula sibuk menaik taraf barisan jentera sesaran rendah wakil pengedar itu.
Kali ini, sportbike 150cc popular, CBR 150R (2019) dinaik taraf dengan ciri baharu lebih sporty dan moden untuk versi tahun depan yang hanya mampu membuatkan rakan-rakan di Malaysia bermimpi dan berdoa.
Dari segi kosmetik, tidak terlalu ketara perbezaannya dengan model sebelum ini. Masih mengekalkan identiti asal, selain skema warna baru, penambahbaikan boleh dilihat pada kehadiran visor angin bubble dan penggunaan brek cakera petal. Panel meter juga masih mengekalkan unit setaraf, cuma paparan diubah kepada LCD kontras negatif.
BACA >>> Evolusi 16 Tahun Honda CBR 150R, Pernah Menjengah Malaysia Suatu Masa Lalu
Menariknya, CBR 150R (2019) ini diberikan suspensi depan teleskopik boleh laras. Mungkin ada memandang rendah, kerana pesaing terdekat, Yamaha R15 dibekalkan suspensi terbalik (USD). Namun, kami yakin penggemar tunggangan sporty pasti lebih menghargai suspensi yang boleh ditala mengikut cita rasa dan keperluan peribadi.
Mengenai enjin, masih mengekalkan konfigurasi enjin silinder tunggal 150cc DOHC berkuasa 16.9hp dan tork 14.4hp. Masih rendah jika dibanding pesaing seperti Yamaha R15 dan Suzuki GSX-R150 yang mampu mencapai 18hp, tetapi bagi mereka yang mementingkan keselamatan, CBR 150R (2019) baharu ini sebenarnya ada kelebihan tersendiri.
Tidak sekadar lebih sporty, AHM menumpukan kepada soal keselamatan jentera tersebut. Versi ABS (dual-channel) turut ditawarkan (tiada ABS untuk Yamaha R15), malah dipadankan ciri keselamatan baharu, Signal Henti Kecemasan (ESS), sama seperti yang dibekalkan untuk abang besar Goldwing dan kereta Honda moden hari ini.
ESS berfungsi menyalakan kedua-dua belah lampu signal apabila penunggang membrek mengejut. Memandangkan situasi trafik terlampau sesak di bandar-bandar besar Indonesia, ciri keselamatan baharu itu tentunya sangat membantu penunggang di sana.
CBR 150R (2019) ditawarkan dalam dua pilihan warna baharu untuk versi standard: Matte Black (hitam) dan Victory Black Red (hitam-merah) serta pilihan strip Repsol Moto GP dan Racing Red. Harga bermula Rp33,800,000 (RM9,200) untuk versi paling asas hingga Rp38,700,000 (RM10,580) untuk versi ABS Repsol Honda.
BACA >>> Honda CBR 250RR Custom - Seanggun Salji di Puncak Fuji, Curi Perhatian di Tokyo
Masuk Malaysia atau tidak? Wallahualam, sila ajukan soalan itu kepada Boon Siew Honda.
Musang says
M'sia boleh...
Boleh tengok jelaaa...negara jiran launching mcm2 new model..MT15..R225..Cbr15r..dll..
M'sia puas hati sekadar Ysuku yg mmg tak cukup suku
Y15 ku di Tapau says
boto tu bro...mampu tgk negaro jiran pakai jor laa...lg kito nak ngaku Msia negaro plg maju
Witra says
Ya.. yang sabar ya..
Sabar itu kan sebagian dari....
Jangan terlalu mengkeci
Walaupun kita tak dapat yg pertama
itu bukan berarti kita tak dapat yang terbaik
Idham says
Kalau duit muka berapa
Hafiz says
Malaysia dah keluar ke
Jual kat mane kat Perak?
Haqim says
cbr 150r for entry to malaysia
Emran says
Saya peminat honda..sya nak beli sebiji cbr150cc kat mana ada jual di malaysia ni.