• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Filipina Kuat Kuasa Standard Baharu Nombor Plat Motosikal dengan Ciri Kod Bar, RFID

Filipina Kuat Kuasa Standard Baharu Nombor Plat Motosikal dengan Ciri Kod Bar, RFID

October 18, 2018 By Aryon Leave a Comment

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan (DOTr) Filipina menerusi Pejabat Pengangkutan Darat (LTO) kini dalam fasa akhir merekabentuk plat motosikal sebelum membuka bidaan kepada pembekal berpotensi yang berminat, menurut Pengarah Eksekutif LTO, Roemo Vera Cruz.

Spesifikasi dan pelaksanaan plat motosikal baharu itu sudah dimuktamadkan jawatankuasa Dewan dan Senat pengangkutan. Ini bermakna penunggang motosikal di Filipina akan menggunakan plat motosikal bersaiz lebih besar berbanding plat sekarang, berukuran 200x225mm.

BACA >>> 20 Soalan-Jawapan Tentang RFID Touch 'N Go yang Perlu Anda Tahu

Setiap pendaftaran nombor plat dikhaskan untuk satu motosikal sahaja dan wajib mengikut spesifikasi ditetapkan serta dipasang di belakang. Nombor plat baharu itu terdiri daripada dua huruf dan 5 digit (lihat imej utama). Plat pula diperbuat daripada aluminium dan memiliki ciri keselamatan khas seperti pelindung reflektif retro, substrat aluminium berlapis, kod bar 2D diukir laser dan pelekat lampu depan RFID.

SATU MOTOSIKAL, SATU PENDAFTARAN


Pendaftaran motosikal akan disepadukan bersama butiran lesen pemilik. Ini membolehkan LTO menghubungkan data biometrik pemegang lesen kepada ciri kod bar dan RFID pada plat.

Jadi, jika penunggang dikesan berbeza daripada butiran dalam pendaftaran, dia perlu menunjukkan surat kebenaran menggunakan motosikal. Peraturan baharu itu juga secara tidak langsung menggalakkan pemilik motosikal supaya mengemas kini pendaftaran lebih kerap apabila membeli motosikal terpakai.

BACA >>> Kapcai Naked Dual-Sport Popular di Filipina, Honda XRM125 Dominasi Pasaran

Bersama resit plat, pendaftar kemudian dapat menggunakan pelekat RFID pada lampu depan. LTO kini sedang mencari pembekal pelekat RFID yang mampu membaca kelajuan hingga 160kmj. Agensi itu juga akan melancarkan bidaan sebanyak 1.8 juta plat kosong dengan pelekat RFID sepadan. Nombor plat itu kemudian dicap pada plat LTO. Bidaan dijadualkan bermula 6 November ini.

Related

193
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Filipina, Jabatan Pengangkutan (DOTr), Land Transportation Office (LTO), motosikal, nombor plat, Nombor Plat RFID, Pejabat Pengangkutan Darat (LTO), RFID

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev