• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / GAC Mitsubishi Eupheme EV - SUV Elektrik dengan Jarak Sejauh 410km, Cuma RM80k

GAC Mitsubishi Eupheme EV - SUV Elektrik dengan Jarak Sejauh 410km, Cuma RM80k

October 21, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANTARA beberapa perkara yang mirip antara Malaysia dan China ialah undang-undang pemilikan perniagaan. Misalnya, syarikat asing yang mahu beroperasi di negara kita perlu ada rakan kongsi tempatan dengan jumlah pegangan majoriti.

Atas faktor tersebut kita dapat lihat DRB-Hicom memiliki banyak jenama di bawah syarikat konglomerat itu, daripada Honda hingga Tata. Faktor itu juga membolehkan kekayaan atau keuntungan dapat dikongsi bersama, termasuk mengambil manfaat pemindahan teknologi atau ilmu pengurusan

Di China pun begitu, dek undang-undang pemilikan asing, wujud begitu banyak syarikat kerjasama dengan nama tempatan. Hasilnya, syarikat dan vendor tempatan dapat mempelajari banyak ilmu berharga. Syarikat perkongsian itu pula dapat menghasilkan jenama baharu untuk pasaran Negara Tembok Besar itu.

BACA >>> #AutoChina2018: Everus - SUV EV Pertama Honda di China Berasaskan HR-V

Jadi, tidak hairan apabila terdapat model yang kulit luar dan interior berbeza, hakikatnya nadi kuasa berasaskan jenama premium seperti BMW. Salah satu syarikat perkongsian di China itu ialah GAC Mitsubishi Motors (GMMC), yakni  usahasama antara Mitsubishi Motors Corporation, Guangzhou Automobile Group (GAC) dan Mitsubishi Corporation yang beroperasi di Changsha, Hunan.

GMMC - PERKONGSIAN DUA NEGARA

gac-motor-logo
Mitsubishi-Logo-2

GMMC, yang ditubuhkan pada 2012, terbentuk daripada pemilikan pegangan GAC 50 peratus, MMC (30 peratus) dan Mitsubishi Corporation (20 peratus). Kini, GMMC memiliki 4,100 pekerja dengan operasi utama ialah menjual dan mengedar kenderaan jenama GAC dan MMC di China. Antara produk syarikat itu ialah Mitsubishi ASX dan Outlander, termasuk GAC Eupheme dan Eupheme EV.

Faedah syarikat usahasama seperti itu ialah perkongsian teknologi dan pasaran yang luas. MMC mempunyai pengalaman luas dalam bidang kenderaan elektrik (EV) yang dapat dijelmakan kepada model baharu, Eupheme EV.

EUPHEME EV YANG MAMPU PERGI JAUH

eupheme-ev-5
eupheme-ev-2
eupheme-ev-4

Eupheme EV direka GAC dan dikeluarkan daripada kilang GMMC di Changsha, Hunan. Model ini bukan EV biasa-biasa, kerana jarak perjalanan kereta ini mampu pergi sejauh 410km dengan menggabungkan kuasa dan tujahan sebuah EV bersama keselesaan dan ruang seperti kenderaan utiliti sukan (SUV).

Fasa pertama, Eupheme EV akan dijual terlebih dahulu di beberapa bandar di China seperti Beijing, Changsha, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou dan Tianjin. Menariknya, harga selepas subsidi, Eupheme EV sangat berpatutan, ialah bermula CN¥135,800 (RM80,000) sahaja.

SUV EV ini diberikan rekabentuk global dan menjadi model mesra alam kedua selepas Eupheme versi elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang dilancarkan sebelum ini. Selepas menyaksikan satu persatu EV dilancarkan di China, tertanya juga apakah rancangan Kerajaan untuk pengeluaran EV di negara kita?

BACA >>> Survei J D Power Malaysia: Pelanggan Mitsubishi Paling Puas Hati Servis Selepas Jualan

GALERI

Related

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: China, DRB-Hicom, Eupheme, Eupheme EV, EV, GAC, GAC Mitsubishi, Guangzhou Automobile Group, Kenderaan Elektrik (EV), Mitsubishi, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev