• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Survei J D Power Malaysia: Pelanggan Mitsubishi Paling Puas Hati Servis Selepas Jualan

Survei J D Power Malaysia: Pelanggan Mitsubishi Paling Puas Hati Servis Selepas Jualan

September 21, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM), menduduki tangga teratas dalam Kajian Pasaran Massa Indeks Servis Pelanggan (CSI) 2018 daripada J D Power Malaysia dengan skor keseluruhan 814 mata mengalahkan lapan jenama automotif lain.

Kejayaan tersebut mencerminkan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan selepas jualan Mitsubishi.

Kajian tersebut melibatkan survei kepuasan pelanggan ke atas urusan perkhidmatan penyelenggaraan dan proses pemulangan kereta bermula Mac-Julai 2018. Pengumpulan data berdasarkan lima faktor utama iaitu:

  • Kualiti servis - 25%
  • Pengambilan kereta - 21%
  • Langkah permulaan servis - 20%
  • Kemudahan servis - 17%
  • Penasihat servis - 16%
    Mitsubishi Motor Malaysia Servis3
    Mitsubishi Motor Malaysia Servis2

Rekod purata kepuasan keseluruhan untuk industri ialah 754 mata.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, Mitsubishi Malaysia akan terus memberikan pengalaman selepas jualan terbaik dan mengekalkan angka tersebut setiap tahun.

BACA >>> Mitsubishi Bagi Diskaun Hingga RM17,000 - Harga Memang Tak Masuk Akal!

"Kajian berkenaan melibatkan respon 2,957 pemilik kenderaan Mitsubishi baharu yang menerima kenderaan antara Mac 2015-Julai 2017, dan membawa kenderaan untuk diservis dalam tempoh Mac 2017-Julai 2018, manakala survei dibuat antara Mac-Julai lalu," katanya.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: After Sales Service, auto terkini, J.D Power, J.D Power Malaysia, kajian, Kajian J.D Power 2018, Mitsubishi Motors Malaysia, servis selepas jualan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my