SYARIKAT perkhidmatan perkongsian kereta, GoCar Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Shell Malaysia untuk menawarkan kemudahan mengambil kenderaan di 100 stesen minyak Shell terpilih di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
Kerjasama tersebut seiring komitmen kedua-dua syarikat dalam usaha memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan berasaskan aplikasi mobil itu.
BACA >>> Toyota Labur RM4 Bilion dalam Grab, Mahu Beri Servis Terbaik di Asean
TENTANG GOCAR MALAYSIA
- Tempahan boleh dibuat menerusi aplikasi mobil GoCar yang boleh dimuat turun daripada App Store dan Google Play Store.
- Lokasi GoCar di stesen Shell setakat ini ialah di: Lembah Klang (58), Johor Bahru (30), dan Pulau Pinang (12).
- Kerjasama GoCar dan Shell Malaysia itu bermula April 2017 di Shell Jalan Tujuan SS18, Subang.
- Sehingga penghujung tahun lalu perkhidmatan berkenaan berkembang hingga 39 stesen minyak.
BACA >>> Syarikat e-Hailing Terbesar China Tutup Operasi Kongsi Kereta Susulan Kes Bunuh, Rogol
PROMOSI
Bagi meraikan kejayaan kerjasama berkenaan, GoCar dan Shell menyediakan promosi eksklusif bermula 16 Oktober hingga 15 Disember ini di 30 stesen minyak Shell terpilih, dengan menawarkan:
- Diskaun 50 peratus tempahan GoCar.
- Diskaun RM30 dengan pembelian minimum RM5 bagi semua barangan kecuali isian semula kredit Touch n Go, kad prabayar dan rokok.
- Tebus satu tin Coca-Cola pada harga RM1.50 apabila mengambil kereta GoCar di stesen Shell
Leave a Reply