• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Satria Drag yang Mampu Berdesup Sepantas Usain Bolt

#BikinKereta: Satria Drag yang Mampu Berdesup Sepantas Usain Bolt

October 15, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LUMBA drag memang popular di kalangan peminat kereta tidak kira dalam atau luar negara. Modifikasi enjin menjadi elemen penting dalam sukan permotoran itu kerana jentera dipandu perlu dipecut selaju dan sepantas mungkin untuk mengatasi lawan sebelah.

Semestinya sukan drag melibatkan banyak pelaburan dan poket kena tebal. Misalnya kereta dalam ruangan Bikin Kereta kali ini, Proton Satria milik Puncak Emas Niaga ini. Jentera ini menjalani transformasi besar-besaran dan tentunya bukan sedikit kepingan kertas Ringgit Malaysia yang dikeluarkan.

Proton Satria Drag-3
Proton Satria Drag-1
Proton Satria Drag-13

Trenkuasa hud depan dihuni enjin 4G63T daripada Evo III. Bagi mendapatkan hantaran kuasa mantap, si tuan kereta memilih  pelbagai peralatan prestasi seperti memasang piston JE dalam ruang blok bersama conrod I-Beam Manley dan aci engkol Eagle.

BACA >>> #BikinKereta: Honda EG6 - Hatchback yang Paling Playboy Era 90-an dan Awal Milenia

Perubahan dilakukan ke atas kepala silinder dirahsiakan, dan kemudian dipadankan aci sesondol Kelford 280°. Intake kustom SRF diikat bersama terotel badan Nissan. Sistem penyejukan udara dilancarkan menggunakan intercooler jenis ais.

TALAAN KUASA SEPANTAS KILAT

Proton Satria Drag-5
Proton Satria Drag-4
Proton Satria Drag-9

Satria Drag ini turut dipasnagkan ekstraktor banana ADM Speed dengan turbo Borg Warner bagi meledakkan kuasa lebih cepat dan pantas. Pam bahan api Bosch bertindak menghantar bahan bakar ke pelaras Turbosmart dan seterusnya disuntikkan ke bahagian kebuk pembakaran menerusi unit injektor Bosch berkapasiti 2200cc.

Talaan kuasa disempurnakan dengan bantuan Unit Kawalan Elektronik (ECU) Haltech Elite, manakala tugas hantaran kuasa disempurnakan kotak gear Dog Box PPG, lengkap dengan klac plat tripel Tilton di dalam. 

BACA >>> Proton Wira MDM EVO III - Jangan Berani Main-Main Dengan Jentera Ini !!!

Walaupun badan jentera semakin ringan, bahagian kaki tidak dilupakan menerusi pemasangan suspensi boleh laras Tein supaya profil kekal stabil ketika dipandu. Sistem brek daripada Mitsubishi Evo III untuk lebih keyakinan membrek.

Proton Satria Drag-8
Proton Satria Drag-14
Proton Satria Drag-6

Pelbagai komponen asal dalaman ditanggalkan demi mendapatkan berat badan seringan mungkin. Apa yang tinggal hanya ada  sebuah kerusi buket Recaro SPG, stereng dan juga meter Defi 'tiga beradik' atas papan pemuka.

Luaran turut diubah suai. Tayar M&H yang cukup lebar digunakan bersama rim Kiezer keluaran khas untuk lumba drag. Rim jenama sama turut dipasang di bahagian belakang dengan tayar Mickey Thompson.

BACA >>> #BikinMotor: Bosan Punya Pasal, Mat Motor Bikin Suzuki GSX-R250 ‘Wanna Be’

SPESIFIKASI

PROTON SATRIA

ENJIN: 4G63T Evo III
MODIFIKASI ENJIN: Piston JE, conrod i-beam Manley, aci engkol Eagle, Cam Kellford 280°, intake kustom by SRF, terotel badan Nissan, intercooler ice, pam minyak Bosch, regulator minyak Turbosmart, injektor Bosch 2200cc, ekstrasktor banana ADM Speed, turbo Borg Warner
TRANSMISI:  Dog Box PPG, Klac plat tripel Tilton
ELEKTRONIK: Haltech Elite
SUSPENSI & CASIS: Tein
SISTEM BREK: Evo III
DALAM: Kerusi Recaro SPG, Defi meter (RPM, Tekanan Minyak, Suhu Air)
LUARAN: Kustom Drag
BENGKEL & TALAAN: Puncak Emas Niaga

TEKS: Encik Punai
FOTO: Kenny Yeoh@eosguy

GALERI
Proton Satria Drag-1
Proton Satria Drag-2
Proton Satria Drag-3
Proton Satria Drag-4
Proton Satria Drag-5
Proton Satria Drag-6
Proton Satria Drag-7
Proton Satria Drag-8
Proton Satria Drag-9
Proton Satria Drag-10
Proton Satria Drag-12
Proton Satria Drag-13
Proton Satria Drag-14

Related

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bikin Kereta, EVO III, Mitsubishi, Modifikasi, Proton, proton satria, Proton Satria Drag

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev