• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Qashqai - SUV Jepun Ini Menang Anugerah Kereta Buatan Britain Terbaik!

Nissan Qashqai - SUV Jepun Ini Menang Anugerah Kereta Buatan Britain Terbaik!

October 14, 2018 By Abang Hirata Leave a Comment

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MALAYSIA sekarang sedang kecoh dengan polemik definisi hutang. Kerajaan dulu dan sekarang berbalah tentangnya dan akhir sekali rakyat jadi keliru. Badan penarafan kewangan antarabangsa cenderung kepada definisi Kerajaan lama iaitu hutang, tanggungan dan jaminan mempunyai pengkelasan tersendiri dan tidak patut dicampur aduk bersama.

Namun, definisi Kerajaan baharu ada juga logiknya apabila mendakwa hutang tetap dikira hutang. Apapun, jawapan paling mudah ialah definisi hutang bergantung kepada parti mana memerintah. Selesai.

BACA >>> 10 Kereta Paling Laris di UK Setakat April 2018 - Ford Fiesta Selesa di Atas

Dalam dunia automotif pula definisi kebangsaan sesuatu jenama juga menarik. Misalnya, Volvo Cars dimiliki syarikat China, adakah masih layak bergelar pengeluar automotif Sweden? Begitu juga MINI, Skoda, MG dan sebagainya. Di Britain, situasi sama dapat disaksikan menerusi majlis sulung News UK Motor Awards 2018.

KERETA TERBAIK UK 2018

Pada acara 11 Oktober lalu itu, Nissan Qashqai diiktiraf sebagai Kereta Buatan British Terbaik 2018 (Best British Built Car) berdasarkan pilihan pengguna dan jurnalis automotif daripada 4 penerbitan: The Times, The Sunday Times, The Sun dan talkSPORT. Bagaimanakah pula kenderaan utiliti sukan (SUV) Jepun itu boleh diiktiraf sebagai kereta buatan Britain aka UK terbaik?

Qashqai ialah SUV kecil atau crossover terlaris di Britain dan banyak menyumbang kepada kejayaan industri kereta negara itu sejak diperkenalkan pada 2007. Sejak itu juga lebih 3 juta unit Qashqai dikeluarkan dari kilang Nissan di Sunderland, England.

BACA >>> Proton Dedah SUV Pertama, X70 Tampil Rekabentuk Unsur Malaysia

Pengarang Sun on Sunday Motoring, Nick Francis berkata, Qashai mempunyai legasi sebagai kereta pertama yang berjaya mencetus minat pelanggan Eropah terhadap SUV famili sedekad lalu, dan masih menjadi penanda aras bagi crossover lain. Qashqai juga kereta buatan Britain pertama berjaya mencapai jualan setengah juta unit. Jadi tidak hairan kenapa Qasqhai menjadi permata untuk industri kereta negara itu.

Satu lagi fakta diutarakan Pengarah Urusan Nissan Motor GB, Alex Smith yang menyatakan Qashqai turut menjadi model Nissan paling laris di Eropah. Tambahnya lagi, SUV itu sebenarnya direka, dihasilkan dan dikeluarkan di Britain.

PENDEFINISIAN SEMULA

Jadi memang tidak menghairankan kenapa Nissan yang berjenama Jepun dikatakan kereta Britain. Ini kerana Qashqai itu sudah didefinisi sebagai kereta buatan Britain. Ia boleh dijadikan rujukan menarik untuk industri automotif, termasuk negara kita terutama sekali di ambang penawaran Proton X70.

Qashqai kini memasuki generasi kedua dan mula berada di pasaran sejak 2014. Model terkini dibekalkan enjin kecil 1.3L turbo. Model asas, Qashqai Visia 1.3 DIG-T 140 dipasarkan pada harga kompetitif, £19,595 (RM107,096) yang berada dalam julat harga kereta hatchback segmen C dan SUV di Britain.

Ada pendapat mengatakan, Qashqai ialah jawapan Nissan untuk Volkswagen Golf yang pasti sukar dilawan secara berdepan. Taktik ini juga sebenarnya sama seperti kehadiran Perodua Alza yang secara tidak langsung muncul untuk berlawan dengan Proton Persona. Hebat bukan?

BACA >>> Nissan GT-R NISMO GT3 - RM2.1 Juta, Kini Tempahan Dibuka

Related

67
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 2018 Best British Built Car, Crossover, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Kereta Buatan British Terbaik 2018, News UK Motor Awards 2018, Nissan, nissan qashqai, Nissan UK, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev