• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha YZF-R3 (2019) Baharu Tampil Radikal dan Menggiurkan

Yamaha YZF-R3 (2019) Baharu Tampil Radikal dan Menggiurkan

October 14, 2018 By Aryon Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN ini genap usia ke-20 tahun untuk model ikonik Yamaha YZF-R1. Saban tahun, siri R bukan saja tampil meyakinkan, tetapi juga tidak pernah lupa membawa bersama elemen perlumbaan yang sudah sebati dengan jenama itu.

Sempena menyambut musim 2019, Yamaha merekabentuk semula barisan model siri R dari abang paling atas, YZF-R1M hingga adik paling bongsu, YZF-R125. Dan model terkini diumumkan ini pula ialah YZF-R3 (2019) yang nampak cukup fantastik!

BACA >>> Yamaha YZF-R125 (2019) - Sportbike Siri R Paling Bongsu Didedahkan

R3 dikuasakan enjin 4 injap 4-lejang 312cc DOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api yang dipadankan bersama transmisi manual 6-kelajuan. Hasilnya ialah jentera yang lancar dan seronok ditunggang dengan paduan piston aluminium tempa dan silinder DiASiL bersama beberapa penambahbaikan lain.

ENJIN BAHARU

Enjin baharu itu dipasangkan pada frem tetiub keluli ringan, manakala penutup aci menyempurnakan sosok sportbike aras mula itu. Suspensi terdiri daripada sprung swingarm asimetri dengan fork terbalik (USD) KYB serba baharu di depan dan monoshock di belakang. Estetika model ini diserikan lagi dengan rim aluminium 8 bilah dan sistem brek cakera tunggal (depan dan belakang), siap dengan aksesori menunggang baharu.

Ketinggian bar hendal direndahkan, manakala penutup tangki minyak dibentuk semula menjadi lebih rendah dan lebar. Ini termasuk tinggi pelana yang juga direndahkan, sekali gus memberikan lebih kestabilan menerusi pemusatan posisi tunggangan.

BACA >>> Walaupun Kacak dan Tekno, Yamaha R15 Ada Masalah Besar?

Semua lampu R3 bercirikan LED, dan dibekalkan bersama panel instrumen LCD baharu dengan ciri terkini.

R3 versi rekabentuk semula ini nampak hebat dengan garis agresif yang begitu mirip gaya R1M. Pastinya menjadi tambahan model menarik dalam pilihan sportbike ringan sedia ada di pasaran. Model ini dijangka berada di bilik pameran Yamaha pada awal tahun depan.

Namun, tidak diketahui sama ada R3 berada dalam radar Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) selaku wakil pengedar motosikal jenama itu untuk pasaran Malaysia. Ini kerana HLYM sudah pun memiliki R25 dalam senarai famili sportbike dengan kapasiti enjin tidak jauh berbeza.

Lagipun R25 baru dilancarkan di negara jiran Indonesia dan hampir pasti akan menjengah masuk pasaran Malaysia sekurang-kurangnya penggal pertama tahun depan. R25 atau R3?

SPESIFIKASI

YAMAHA R3

ENJIN: 321cc penyejukan cecair parallel twin
FREM: Diamond
SUSPENSI: fork teleskopik terbalik @ USD (depan), Swingarm (belakang)
BREK: Brek cakera tunggal hidraulik, Ø 298 mm (depan); Brek cakera tunggal hidraulik, Ø 220 mm (belakang)
TAYAR: 110/70-17M/C 54H, tiubles (depan); 140/70-17M/C 66H, tiubles (belakang)
PRESTASI: 42hp / 29.5Nm
BERAT: 167kg (kerb)
TINGGI PELANA: 780mm
TINGGI KESELURUHAN: 1,140mm
KAPASITI TANGKI: 14 liter
HARGA: Akan dimaklumkan

GALERI

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: HLYM, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), roda2, sportbike, supersport, Yamaha, Yamaha R3, Yamaha YZF-R3 (2019)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev