• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha R25 (2019) Lancar di Indonesia, Lebih Sporty Tapi Kuasa Kekal Sama (36hp)

Yamaha R25 (2019) Lancar di Indonesia, Lebih Sporty Tapi Kuasa Kekal Sama (36hp)

October 11, 2018 By ZY 1 Comment

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA peminat setia Yamaha R25 yang sudah rasa tercabar dengan Kawasaki Ninja 250 terbaru?

Berita baik untuk anda, versi facelift jentera sport 250cc Yamaha itu sebenarnya sudah dilancarkan di Indonesia Oktober 2018. Seperti dinyatakan, ini cuma facelift dengan tumpuan diberikan kepada rekabentuk dan ciri tambahan bagi menyeragamkan R25 baharu ini dengan sportbike lain dalam famili YZF-R.

Ini jelas dilihat pada rekabentuk yang sekilas pandang seperti Yamaha R15 (v3.0) yang dilancarkan beberapa bulan sebelum itu.  Menariknya, bukan sekadar gaya, R25 baharu ini juga menerima ciri yang ada pada adik bongsu itu bagi melengkapkan gaya sportbike sejati.

BACA >>> #TunggangUji : Kawasaki Ninja 250 (2018) - Adakah Ini Kuasa yang Anda Nantikan?

Pertama sekali, jelas dilihat sportbike 250cc popular itu kini didatangkan dengan fork jenis terbalik (USD) keemasan yang sangat menyerlah. Ciri ini ialah salah satu tumpuan R15 v3.0 ketika kali pertama didedahkan tahun lalu, hingga dipersoal kalangan pemilik dan peminat R25. Kata mereka, kenapa pula sebuah sportbike 250cc yang lebih berkuasa tidak didatangkan dengan ciri sama?

Tidak cukup di situ, fork tersebut dipegang hendal jenis clip on underyoke yang lebih rendah. Ciri sporty ini jarang ada pada sportbike aras mula dan termasuk dalam rungutan kami tentang Kawasaki Ninja 250 baharu. Jadi, anda boleh jangka R25 mempunyai ergonomik yang lebih menunduk, berbanding posisi tunggangan lebih santai pada model sebelum ini.

Selain itu, beberapa ciri baharu yang pada R25 (2019) ialah:

  • Tuil lampu hazard
  • Spidometer digital penuh
  • Tuil starter jenis slider seperti Yamaha siri MT
  • Lampu LED penuh, menyala kedua-dua belah depan (R25 lama hanya menyala sebelah saja)

Dari segi mekanikal, R25 baharu masih mengekalkan spesifikasi terdahulu dengan enjin sebaris dwi-silinder DOHC, dan transmisi 6-kelajuan bersama kuasa maksimum 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 22.6Nm @ 10,000rpm.

Ya, tiada VVA, tiada juga ciri klac sliper dan bantuan (slipper clutch & assist) seperti dimiliki R15 dan tiada juga Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), antara ciri penting yang masih dianaktirikan.

BACA >>> Foto Paten Yamaha R25 (2019) Bocor, Kini dengan Fork USD dan Klamp Tripel

Harga pula ditetapkan sedikit lebih mahal. Seperti dinyatakan di laman web rasmi Yamaha Indonesia, R25 baharu itu ditawarkan pada harga atas jalan, Rp58,600,000 (RM15,968), berbeza lebih kurang RM300 sahaja berbanding model lama,berharga Rp57,350,000 (RM15,639).

Buat masa ini, kami tiada jawapan untuk soalan cepu emas anda. Jika ada 'orang dalam' Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) yang sudi berkongsi maklumat, jangan segan silu untuk hubungi kami di FB Arena Permotoran 😉

(Kemaskini: Yamaha YZF-R25 2019 dijangka dibawa masuk HLYM ke Malaysia pada separuh pertama tahun depan. Kami difahamkan harga tidak banyak berbeza atau mungkin lebih sedikit berbanding model semasa. Sumber: Berita Harian.)

GALERI
pandulaju-yamaha-r25-2019-handle
pandulaju-yamaha-r25-2019-rim
pandulaju-yamaha-r25-2019-tayar
pandulaju-yamaha-r25-2019-ekzos
pandulaju-yamaha-r25-2019-tail-light
pandulaju-yamaha-r25-2019-signal
pandulaju-yamaha-r25-2019-lampu
pandulaju-yamaha-r25-2019-meter
pandulaju-yamaha-r25-2019-tank
pandulaju-yamaha-r25-2019-usd
pandulaju-yamaha-r25-2019-hitam
pandulaju-yamaha-r25-2019-merah
pandulaju-yamaha-r25-2019

SUMBER: Yamaha Indonesia

Related

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Yamaha R15 V3, yamaha r25 2019, yamaha r25 abs, yamaha r25 clip on, yamaha r25 facelift, yamaha r25 specs, yamaha r25 spesifikasi

Comments

  1. Hafiz says

    March 22, 2019 at 2:59 PM

    Kenapalah takde pasang vva dan slipper clutch. R15 pasang je. Strategi pasaran ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev