• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #Intermot2018: Horex Hidup Semula, Perkenal VR6 Raw (2019) yang Serba Premium

#Intermot2018: Horex Hidup Semula, Perkenal VR6 Raw (2019) yang Serba Premium

October 10, 2018 By Aryon Leave a Comment

217
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Pamera Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018, pengeluar motosikal dari Jerman, Horex secara rasmi kembali dalam pasaran dua roda menerusi debut VR6 Raw. Model itu ialah versi VR6 dikemas kini yang dilancarkan pada 2014 dengan menampilkan lebih teknologi moden pada harga bukan mampu milik.

Dilahirkan di Jerman pada 1920, Horex ialah antara sekian banyak syarikat Jerman yang terjejas akibat Perang Dunia Kedua (WWII). Pada 1960, Horex dimiliki Daimler-Benz AG dan sejak itu mula menghentikan operasi pengeluaran motosikal.

BACA >>> BMW HP4 Race Superbike Rare, Enjin 999cc, 215hp - Hanya RM520,900 !!!

Pada 2010, Horex cuba bangkit semula, tetapi sekali lagi menemui kegagalan apabila diisytiharkan bangkrap hanya selepas 4 tahun kemudian. Menjelang 2015, syarikat itu diselamatkan kumpulan 3C-Carbon yang membuka era baharu hari ini.

Horex asalnya ialah sebuah cruiser, tetapi VR6 Raw (2019) lebih kepada jentera naked, sama seperti Yamaha VMAX. Secara keseluruhan. VR6 Raw memiliki rekabentuk yang sama seperti VR6, iaitu model terakhir dikeluarkan Horex sebelum jatuh muflis pada 2014.

horex-vr6
horex-vr6-2
horex-vr6-3
horex-logo

Perbezaan ketara dimiliki VR6 Raw ialah kemasan hitam sepenuhnya yang memberikan penampilan lebih maskulin dan cool berbanding VR6 (foto atas) dalam kemasan krom dan aluminium. Sebagai tambahan, model itu dilengkapkan set rim sport aloi 5 jejari berbanding rim lama jenis jejari kecil.

Panel belakang gentian karbon membantu mengurangkan berat jentera kepada hanya 220kg, angka sederhana bagi sebuah cruiser berprestasi. Sebagai model kelas atasan, VR6 Raw dilengkapkan dengan aksesori mewah seperti suspensi Öhlins depan dan belakang, brek depan Brembo M50 dan pad brek Brembo P2/34.

BACA >>> Harga Lelong Motosikal Lumba Klasik Ini Cecah RM3.59 Juta! (Hobi Kami Mahal)

Teknologi VR6 Raw juga dipertingkat menerusi ciri paparan pemuka skrin warna LED 7 inci dengan kecerahan tinggi. Skrin itu disambungkan dengan sistem kawalan traksi (TRC) yang membolehkan penunggang memiliki pelbagai mod menunggang.

VR6 Raw dijana enjin 18 injap 6-silinder TOHC berkapasiti 1,218cc, sama seperti VR6. Dengan rekabentuk tirus dan lansing, enjin tersebut hanya sedikit besar daripada enjin 4-silinder. Dari segi prestasi model baharu ini mampu menjana kuasa 163hp dan tork 128Nm, manakala hantaran kuasa disalurkan menerusi kotak gear 6-kelajuan.

Di pasaran Jerman, VR6 Raw dijual pada harga AS$40,800 (RM169,509).

GALERI

Related

217
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 3C-Carbon, Horex, Horex VR6 Raw (2019), Intermot 2018, Jerman, naked bike, Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev