• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi Outlander Sports Edition yang Serba Dramatik, 120 Unit Sahaja - Harga RM142k

Mitsubishi Outlander Sports Edition yang Serba Dramatik, 120 Unit Sahaja - Harga RM142k

October 9, 2018 By Han Othman Leave a Comment

596
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WAKIL pengedar Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan model edisi khas, Mitsubishi Outlander Sports Edition yang terhad kepada 120 unit sahaja.

Mitsubishi Outlander Sports Edition ialah model berasaskan Outlander 2.0L yang tampil dengan kemasan dua tona, iaitu warna badan merah metalik dengan bumbung hitam. Sesuai dengan edisi sports, kenderaan utiliti sukan (SUV) ini didatangkan dengan gril depan hitamm rim aloi hitam berkilat dan emblem 'OUTLANDER' pada bonet.

Ruang kabin Mitsubishi Outlander Sports Edition dilengkapkan dengan set stereo dua DVD dan karpet lantai dengan aksen merah. SUV ini dapat dimiliki pada harga RM142,888 berserta pakej 5 tahun waranti tanpa had perbatuan.

BAHASA REKABENTUK DYNAMIC SHIELD

dynamic-shield-1
dynamic-shield-2
dynamic-shield-3

Istimewa mengenai Outlander 2.0L, SUV Mitsubishi itu meraih anugerah 'Best Family Ride' sebagai kenderaan keluarga terbaik pilihan CarSifu Editor’s Choice Awards 2018.

Bersama rekabentuk bergaya dan berkarakter, Outlander baharu itu menampilkan bahasa rekabentuk Dynamic Shield yang menjadi signatur baharu model-model Mitsubishi, dan lengkap dengan ciri lampu siang (DRL) LED, dan rim aloi 18 inci sebagai standard.

BACA >>> Inilah 5 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Pilih Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD CKD!

Ruang kabin Mitsubishi Outlander Sports Edition mampu memuatkan 7 penumpang, termasuk pemandu dengan selesa dengan bukaan kargo 1,608 liter selepas tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat, juga terbaik dalam kelas.

Ciri standard lain dibekalkan ialah monitor 360º, lampu utama dan bilah pengelap automatik, dan masukan tanpa kunci dengan butang tekan mula.

Sistem infotainment ialah skrin sentuh definisi tinggi (HD) 7 inci dengan fungsi Apple CarPlay, termasuk Kawalan Gestur Udara (AGC) untuk tambahan keselesaan. Sensor parkir depan dan belakang turut disediakan, termasuk video pemuka (dashcam) dan filem solar untuk semua cermin tingkap.

SISTEM 4WD DAN PRESTASI

Nadi yang memacu Outlander 2.0L 4WD ialah enjin 2.0L DOHC MIVEC berkuasa 142hp dan tork 196Nm dengan transmisi CVT INVECS-III.

Bertahun-tahun pengalaman yang diraih dalam saingan Rali Dakar menjadi kelebihan buat Misubisihi dalam menghasilkan kenderaan 4WD terbaik.

Dengan menambah baik kestabilan dan traksi atas permukaan licin, kelebihan 4WD memainkan peranan penting dalam ciri keselamatan aktif yang pasti cukup berguna buat SUV dengan profil badan dan pusat graviti (CoG) tinggi.

Mitsubishi Outlander Sports Edition didatangkan dengan sistem 4WD pintar sebagai ciri standard. Tidak seperti sistem 4WD konvensional milik SUV pesaing, sistem Multi-Select 4WD dimiliki Outlander menawarkan 3 pilihan mod: 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock yang boleh disesuaikan pemandu mengikut situasi pemanduan.

BACA >>> #PanduUji: Mitsubishi Outlander CKD, SUV 7-Tempat Duduk, Harga Pula Tak Masuk Akal!

CIRI KESELAMATAN

Mitsubishi Outlander Sports Edition juga menawarkan pakej keselamatan lengkap, sesuai dengan ciri famili ditawarkan SUV tersebut, terdiri daripada 7 beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Stabiliti Aktif dan Kawalan Traksi (ASTC), Bantuan Mula Daki (HSA), dan pautan ISOFIX sebagai standard.

SUV itu juga dikuatkan dengan binaan badan Evolusi Keselamatan Impat Diperkuat (RISE). Ciri keselamatan lain yang cukup berguna ialah Pengingat Rehat (Rest Reminder) yang membantu mengingatkan pemandu supaya berehat apabila letih.

PAMERAN MITSUBISHI

MMM akan menganjurkan acara siri jelajah ‘Kid-Cool Mitsubishi Showroom Event’ di beberapa lokasi seluruh negara seperti berikut:

Selain menyaksikan sendiri Mitsubishi Outlander Sports Edition, pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa tunai RM800 dan menyertai aktiviti keluarga.

* Harga disebut ialah atas jalan tanpa insurans, termasuk SST 10 peratus untuk pemilikan individu, Semenanjung Malaysia. Tertakluk terma dan syarat.

harga Mitsubishi Outlander Sports Edition

Related

596
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Harga Mitsubishi Outlander Sports Edition, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Mitsubishi Outlander baru, Mitsubishi Outlander Sports Edition, Mitsubishi Outlander Sports Edition 2018, Mitsubishi Outlander Sports Edition Malaysia, Mitsubishi Outlander Sports Edition test drive, Mitsubishi Outlander Sports Edition top speed, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev