• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Energica Ego Sport Black - Sportbike Elektrik dengan Pecutan Jentera Lumba, 241kmj!

Energica Ego Sport Black - Sportbike Elektrik dengan Pecutan Jentera Lumba, 241kmj!

October 15, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMPENA Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot) 2018 lalu, Energica mengambil peluang mempersembahkan model elektrik (EV) 2019 versi lebih berkuasa yang menggabungkan kelajuan dan prestasi hebat bersama teknologi termaju. Kini prestasi dimiliki hampir sama seperti jentera trek yang dihasilkan pengeluar dari Itali itu untuk perlumbaan.

Energica dipilih sebagai pengeluar jentera lumba untuk kejuaraan Piala Dunia MotoE yang kali pertama dianjurkan di bawah tajaan Enel. Pengeluar itu memperkenalkan lima model 2019 di Intermot 2018, bersama demo jentera lumba, Energica Ego Corsa.

Ini bermakna, peminat dua roda kini berpeluang memiliki sportbike elektrik yang memiliki prestasi hampir sama dengan jentera lumba itu. Dalam pameran itu, beberapa kemas kini dan spesifikasi model Energica Ego Sport Black (2019) didedahkan. Lebih menarik, model itu mampu memecut hingga 241kmj berbanding produk Energica lain yang terhad kepada 200kmj sahaja.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?

energica-ego-sport-black-2019-4
energica-ego-sport-black-2019-2
energica-ego-sport-black-2019-5

Menyentuh soal kuasa, Ego Sport Black (2019) dilengkapi kuasa motor 145hp dan tork 200Nm. Ledakan tork dapat dirasai seawal posisi pegun. Bagi memantapkan pengendalian, Energica menawarkan terotel elektrik yang dilengkapkan bersama kawalan traksi baharu dengan 6 tahap konfigurasi dan digabungkan bersama Sistem Brek Anti-Kunci Elektrik (eABS) dan ABS Bosch untuk pembrekan terbaik.

Kemas kini lain ialah hendal dilengkapi ciri pemanas dan fungsi mengecas mesra pengguna dengan menetapkan masa mengecas dimahukan bagi membantu menjaga jangka hayat bateri, termasuk mod 'cas senyap' baharu yang akan menyingkirkan gangguan bunyi bising kipas.

BACA >>> MotoGP Sah Anjur MotoE 2019 - Perlumbaan Motosikal Elektrik Guna Jentera Energica EvoGP

Tetapan pengecasan pantas itu juga dapat mengurangkan masa mengecas motosikal elektrik sebanyak 15 peratus.

Energica ialah jenama motosikal elekterik yang popular di Eropah, tetapi tidak untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) yang dikuasai Zero Motorcycles. Bagaimanapun, dengan pengenalan model 2019, ia dijangka mengubah trend tersebut yang mana jenama itu kini sudah memiliki wakil pengedar di California, Florida, Texas dan Carolina Utara.

Bulan depan, Energica akan membuka satu lagi premis pengedar di New York. Jadi akan ada lebih banyak kelibat model itu di atas jalan raya AS selepas ini.

GALERI

SUMBER: Electrek

Related

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Energica, Energica Ego Corsa, Energica Ego Sport Black, FIM Enel MotoE World Cup, Intermot 2018, motor elektrik, Pameran Motosikal Antarabangsa (INTERMOT), Piala Dunia MotoE, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev