• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ford Dedah Spesifikasi Ranger (2019) - 270hp, 420Nm dan Kapasiti Tunda 3.4 Tan!

Ford Dedah Spesifikasi Ranger (2019) - 270hp, 420Nm dan Kapasiti Tunda 3.4 Tan!

October 7, 2018 By Han Othman Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD menyiarkan spesifikasi rasmi Ranger (2019) dengan enjin petrol 4-silinder 2.3L EcoBoost berkuasa 270hp dan tork 420Nm. Enjin pengecas turbo itu dipadankan transmisi automatik 10-kelajuan dengan opsyen sistem pacuan roda belakang (RWD) atau empat roda (4WD).

Menurut Ford, teknologi EcoBoost dimiliki Ranger (2019) mampu menunda berat hingga 3,400kg, yakni kapasiti tundaan terbaik dalam kelas trak pikap petrol. Bagaimanapun, bagi mendapatkan kekuatan maksimum itu, pembeli perlu melengkapkan model tersebut dengan opsyen pakej tundaan. Trak pikap itu juga memiliki rating muatan lebih 816kg, hampir 1 tan!

BACA >>> Ford Ranger Raptor Sah Lancar di Malaysia 25 Oktober Ini

Sebagai perbandingan enjin 3.6L V6 dimiliki Chevrolet Colorado dan GMC Canyon berkuasa 308hp dan tork 372Nm. Jadi, walaupun enjin 4-silinder Ranger (2019) kurang berkuasa (270hp), tetapi mampu menawarkan lebih tork (420Nm). Ia juga lebih berkuasa berbanding enjin 4.0L V6  miliki Nissan Frontier (261hp, 381Nm).

ford-ranger-2019-official-9
ford-ranger-2019-official-2
ford-ranger-2019-official-16

Satu-satunya trak pikap saiz pertengahan yang mampu menandingi keupayaan tundaan Ranger (2019) ialah Colorado dan Canyon diesel, iaitu 3,447kg. Enjin diesel 2.8L milik dua trak pikap itu memiliki kuasa 181hp dan tork 500Nm.

Ranger (2019) dijangka memasuki barisan pengeluaran di Kilang Pemasangan Michigan Ford di Wayne, Michigan tahun ini sebelum dijual seluruh negara pada awal 2019.

BACA >>> 7 Fakta Pantas | Ford Ranger 2.2L Wildtrak, Varian Baharu di Pasaran, Harga RM127k

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EcoBoost, Ford, Ford Ranger (2019), Ford Ranger Baharu, Roda4, Trak pikap, Trak Pikap Saiz Pertengahan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev