• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 7 Tanda Anda Kena Tukar Kereta Lama, Beli Kereta Baharu

#TahukahAnda: 7 Tanda Anda Kena Tukar Kereta Lama, Beli Kereta Baharu

March 19, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEBANYAKAN rakyat Malaysia bersifat sentimental apabila melibatkan sesuatu benda yang sudah dipakai lama. Mulalah rasa sayang hendak melepaskan benda tersebut, lebih-lebih lagi jika dibeli dengan titik peluh sendiri, misalnya kereta pertama.

Namun sebenarnya, tiada benda yang mampu kekal di dunia ini. Suka atau tidak, ada banyak perkara yang kita perlu belajar untuk melepaskan (lupus atau jual) tidak kira sebaik mana pun kita menjaganya. Samalah seperti kereta.

Apakah tanda ajal kereta anda sudah dekat? Artikel ini akan berikan tujuh tanda yang memerlukan anda menukar kereta lama kepada baharu.

1. TERSENGGUK-SENGGUK KETIKA MENGHIDUPKAN, MEMATIKAN KERETA

Abaikan jika anda memang suka fiil sengguk-sengguk.

Transmisi rosak sangat mahal untuk diganti. Jika kereta anda kerap mengalami situasi kereta tersengguk, terhenti mengejut dan seumpamanya ketika memecut atau memandu biasa, lebih baik beli saja kereta baharu. Ini lebih baik daripada meleburkan banyak wang untuk membaik pulih masalah dihadapi.

2. BOCOR DI MANA-MANA

Oil Stain On The Pavement Under The Car. Dirty Asphalt Under The
kereta-bocor-2

Sama macam manusia, kereta juga memerlukan cecair untuk hidup. Jika lantai garaj atau parkir nampak macam lukisan minyak di galeri seni disebabkan aneka bendalir yang bocor seperti minyak enjin, minyak brek, minyak transmisi, maknanya memang tunggu masa sajalah kereta anda akan menghembuskan asap ekzos terakhir. 

Tetapi jangan pula keliru dengan air penyaman udara yang memang akan menitis keluar di bawah kereta.

3. SIMBOL PANEL METER MERIAH

Adakah lampu pada panel meter kereta anda nampak macam suasana rumah di malam raya ataupun funfair? Itu bukanlah sesuatu yang menggembirakan kerana semua simbol yang menyala itu menandakan kereta anda sedang dalam masalah besar.

Semakin banyak lampu meter menyala, maka semakin banyak masalah yang kereta anda bakal hadapi. Jadi, jika nampak sebarang lampu menyala pada panel meter, segeralah periksa kenderaan anda atau bawa ke bengkel. Kalau kerosakan terlalu teruk dan kos baik pulih terlalu mahal, mungkin inilah masa beli kereta baharu.

4. ISU KARAT TERUK

kereta-karat-1
kereta-karat-2

Kereta 80-90-an banyak mengalami masalah ini. Apabila badan kereta sudah mula berkarat, ia berisiko akan menjadi lebih teruk. Sekiranya kereta anda sudah mula berlubang dan lantai kereta pun sudah boleh nampak jalan, tukar sajalah kereta itu. Jangan tiba-tiba anda terpaksa bawa kereta Flinstone.

5. ASAP EKZOS PUTIH

Kalau macam ini punya asap, faham-faham sajalah.

Asap ekzos putih ialah petanda kepada beberapa masalah. Antaranya ialah kepala silinder rosak atau bengkok, blok enjin pecah dan kepala gasket cair. Isu-isu ini bukanlah isu kecil dan selalunya menandakan masalah yang lebih besar. Kalau sudah nampak asap putih itu, bersedialah hadap kerosakan sistem penyejukan kereta dan enjin pula akan sentiasa mengalami panas lampau (overheat).

6. KOS BAIK PULIH MAHAL TAK 'HENGAT'

mekanik-kereta
baik-pulih-kereta-1

Jika kos baik pulih sudah melebihi nilai kereta anda di pasaran, lepaskan sajalah kereta itu. Biarkanlah kereta kesayangan anda itu berehat untuk menyelamatkan kesihatan poket anda. 

BACA >>> #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
BACA >>> #PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

Related

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Tanda Tukar Kereta Lama, tip automotif, Tukar Kereta Lama

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev