• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 9 Fakta Pantas - Jaguar F-Type Coupe Kini di Malaysia, Harga RM575,800

9 Fakta Pantas - Jaguar F-Type Coupe Kini di Malaysia, Harga RM575,800

September 25, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK dilancarkan pada 2012, Jaguar F-Type coupe ialah antara model sport diminati dalam segmen itu dan sudah memenangi 170 anugerah sedunia. Keseimbangan yang tidak dapat ditandingi bermula daripada rekabentuk badan menggoda, prestasi hingga dinamik menakjubkan membuatkan jentera tersebut begitu unik.

BACA >>> Previu: Jaguar F-Type Coupe (2014)

Terkini, Jaguar F-Type (2018) baharu tiba ke pasaran tempatan menerusi kemas kini signifikan. Berikut 9 fakta pantas model sport tersebut:

1.  Rekabentuk baharu lampu depan, belakang dan bampar meningkatkan penampilan kontemporari sedia ada.

2. Dipadankan enjin baharu 2.0L Turbo Ingenium berkuasa 296hp dan tork 400Nm @ 1,500rpm dengan pecutan maksimum 250kmj dan pecutan 0-100kmj sepantas 5.7 saat.

3. Versi terbaharu ini menampilkan lampu depan futuristik dengan ciri LED yang bukan saja menambah baik estetika luaran, tetapi suhu LED, 5,500-6,000k memberikan pencahayaan lebih terang pada malam. Tidak ketinggalan lampu belakang juga didatangkan dengan ciri LED.

4. F-Type menawarkan 3 pilihan mod lampu tinggi: bandar, lebuh raya dan cuaca buruk yang boleh disesuaikan mengikut keadaan.

5.  F-Type turut dipadankan bampar direka semula, paip ekzos tunggal baharu dan rim 18 inci serta pilihan warna baharu, Silicon Silver (perak).

6. Kepakaran Jaguar dalam membangunkan teknologi aluminium menyumbang kepada berat badan lebih ringan 8kg berbanding sebelumnya dengan frem badan diperkukuh.

7. Ruang kabin, Jaguar memilih bentuk kerusi nipis dan ringan dengan kemasan aluminium dan krom baharu. Kemasan kulit Siena Tan turut ditawarkan untuk semua varian, termasuk sistem infotainment Touch Pro dengan skrin sentuh 10-inci.

8. Dijual pada harga RM575,800 dan sudah berada di semua wakil jualan Jaguar sah.

9. Dipakejkan bersama program Jaguar Care, iaitu waranti 5-tahun atau 150,000km (mana satu tiba dahulu); 5 tahun servis atau 65,000km dan 3 tahun Bantuan Jalanan.

BACA >>> Jaguar XK120 SE Ini Ambil Masa 6,725 Jam Dibaik Pulih - Menang Anugerah; Restoration of the Year

GALERI
Jaguar F-Type (2018)9
Jaguar F-Type (2018)5
Jaguar F-Type (2018)7
Jaguar F-Type (2018)4
Jaguar F-Type (2018)8
Jaguar F-Type (2018)3
Jaguar F-Type (2018)6
Jaguar F-Type (2018)1
Jaguar F-Type (2018)10

Related

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Jaguar, Jaguar F-Pace (2018), Jaguar F-Type (2018), Jaguar F-TYPE Coupe, Jaguar Land Rover Malaysia, Kereta Sport, Roda 4, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev