Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Jaguar F-TYPE Coupe (2014)
Roda4

PREVIU: Jaguar F-TYPE Coupe (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/10/20142 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

The new all-aluminium Jaguar F-TYPE Coupe sports carJAGUAR Land Rover (Malaysia), pengedar eksklusif jenama Jaguar di Malaysia memperkenalkan model terbaharunya, Jaguar F-TYPE Coupe.

Ditawarkan dalam dua varian iaitu F-TYPE R dan F-TYPE S, ia adalah kereta sports paling dinamik dan berprestasi yang pernah dihasilkan kenderaan buatan Britain itu.

03-GROUP-SHOTSJaguar F-TYPE R Coupe adalah varian tertinggi. Ia dilengkapi dengan enjin V8 Supercharge Jaguar bersesaran 5.0L yang mampu menjana kuasa sebanyak 550hp dan tork puncak 680Nm.

Pecutan dari statik ke 100kmj mampu dicapai sepantas 4.2 saat dengan kelajuan maksimum mampu mencecah sehingga 300kmj (dihadkan menerusi elektronik). Sebalik prestasi pecutan yang mengagumkan itu, Coupe sports ini masih mampu menawarkan penggunaan bahan api menjimatkan iaitu 11.1 liter per 100km.

P1240182P1240215    P1240223P1240198Manakala F-TYPE S pula dijana ‘jantung’ V6 bersesaran 3.0L Supercharge petrol. Hasilnya, ia berupaya menghasilkan kuasa sehingga 380hp dan tork 460Nm. Catatan dari 0-100kmj mampu dicatat dalam tempoh 4.9 saat dengan kelajuan maksimum sehingga 275kmj. Kadar penjimatan bahan api pula mencatatkan penggunaan 9.1 liter per 100km.

P1240230Walaupun kedua-dua varian ini dijana enjin bersesaran yang berlainan, namun ia dipadankan sistem transmisi Quickshift 8-kelajuan dengan kawalan manual sequential sepenuhnya menerusi pemilih SportShift pada pedal belakang stereng.

Lebih menarik, spoiler belakang akan terbuka secara automatik sebaik saja ia mencapai kelajuan 100kmj. Ia berfungsi memberi kestabilan dan keseimbangan ketika memandu pada kelajuan tinggi. Namun, ia boleh dikawal secara manual dengan hanya menekan butang pada konsul tengah gear.

P1240180P1240219    P1240253P1240226

Untuk makluman, F-TYPE Coupe dibangunkan berdasarkan model konsep sports coupe Jaguar C-X16 dipertontonkan semasa Pameran Permotoran Frankfurt pada 2011.

Bahagian sisi badan Jaguar F-Type Coupe diperbuat daripada kepingan aluminium tunggal, menjadikannya lebih ringan dan kukuh.

P1240216Bagi memastikan jentera ini terus menjadi perhatian ramai, tugas roda diserahkan kepada rim aloi Tornado bersaiz 20 inci. Wow, ‘Cun Gila’. Selain dari itu, kedua-dua varian ini adalah tampak hampir sama.

P1240248P1240241    P124024422-POLARIS-INTERIORS-DETAILSMemasuki ruang kokpit pula, kehadiran kerusi bucket bersama kombinasi balutan kulit menyerlahkan imejnya sebagai kelas coupe premium. Ia juga dilengkapi dengan sistem kemasukan tanpa kunci Jaguar. Bagi anda yang mahukan hiburan, kedua-dua varian didatangkan dengan sistem audio skrin sesentuh bersaiz 8-inci bersama pembesar suara Meridian 380W. Sistem navigasi turut tersedia.

Aspek keselamatan, Jaguar F-TYPE Coupe hadir dengan dua beg udara hadapan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek Kecemasan (EBA) dan Brek Elektronik Parkir (EPB).

Harga? Jaguar F-TYPE S dijual pada harga RM899,888 manakala RM1,158,888 bagi varian F-TYPE R. Harga ditawarkan adalah tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

SPESIFIKASI

JAGUAR F-TYPE S

ENJIN V6 bersesaran 3.0L Supercharge petrol
TRANSMISI Quickshift 8-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 380hp
TORK MAKSIMUM 460Nm
HARGA RM899,888

JAGUAR F-TYPE R

ENJIN V8 Supercharge Jaguar bersesaran 5.0L
TRANSMISI Quickshift 8-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 550hp
TORK MAKSIMUM 680Nm
HARGA RM1,158,888

Jaguar C-X16 Jaguar F-TYPE Coupe Jaguar F-TYPE Coupe dilancarkan Jaguar F-TYPE R Coupe Jaguar F-TYPE S Coupe SISMA AUTO
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.