SELEPAS Volvo XC90 T8 Twin Engine Inscription Plus mula dipasarkan di Malaysia sejak Januari lalu, terbaharu Volvo Car Malaysia menambah varian T5 di bawah rangkaian XC90. Dipadankan trenkuasa Drive-E, kehadiran XC90 T5 melengkapkan famili kenderaan utiliti sukan (SUV) 7 kerusi premium versi hibrid plug-in (PHV).
XC90 T5 dijana enjin 2.0L pengecas turbo berkuasa 254hp dan tork 350Nm dengan transmisi 8-kelajuan. Pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 7.9 saat, manakala kadar penjimatan bahan api 7.9 liter per 100km.
XC90 T5 ditawarkan dalam 3 pilihan warna baharu: Chrystal White (putih), Denim Blue (biru) dan Maple Brown (coklat) serta tambahan warna kabin baharu, Marron Brown. Lebih menarik, varian baharu itu turut dilengkapkan sistem Volvo IntelliSafe, sama seperti XC90 T8.
BACA>>>Volvo XC90 (2018) Amerika Kini Standard 7-Tempat Duduk, Kekal Harga Lama!
Sistem tersebut merangkumi ciri keselamatan bandar dengan teknologi brek automatik yang meminimumkan risiko pelanggaran depan menerusi pengecaman pejalan kaki, haiwan besar dan penunggang basikal. Ini termasuk dilengkapkan ciri pemanduan semi autonomi, Pilot Assist.
XC90 T5 kini sudah berada di pusat jualan Volvo terdekat dengan harga RM373,888.
Leave a Reply