• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 12 Fakta Pantas Perlu Anda Tahu Mengenai BMW 6 Series Gran Turismo - Harga RM450k

12 Fakta Pantas Perlu Anda Tahu Mengenai BMW 6 Series Gran Turismo - Harga RM450k

September 6, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

274
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Harga BMW 6 Series Gran Turismo 2018 MalaysiaKEHADIRAN BMW 6 Series Gran Turismo ke pasaran tempatan bakal menetapkan penanda aras baharu dalam segmen kenderaan mewah. Lebih menarik BMW Group Malaysia (BGM) memperkenalkan varian BMW 630i GT versi pemasangan tempatan (CKD) yang disempurnakan dari kilang di Kulim, Kedah.

Berikut 12 fakta ringkas yang perlu anda tahu tentang BMW 630i GT:

1. BMW 6 Series Gran Turismo menggunakan teknologi BMW EfficientLightweight menerusi penggunaan aluminium dan keluli kekuatan tinggi pada struktur badan dan komponen casis yang menyumbang kepada pengurangan berat kira-kira 150kg berbanding model terdahulu.

2. Kabin menawarkan ruang luas, manakala posisi kerusi dinaikkan untuk memberikan sudut pandang lebih jelas. Penumpang belakang mendapat turut ruang kaki dan kepala luas walaupun garis bumbung rendah yang dicapai hasil dengan mengoptimumkan tempat duduk.

3. Pintu but berkuasa elektrik dengan fungsi Comfort Access, yang boleh dibuka menggunakan pergerakan kaki. Saiz but meningkat 100 liter kepada 610 liter, dan boleh ditingkatkan kepada 1,800 liter dengan lipatan penuh kerusi belakang.

4. Dijana enjin 2.0L TwinPower Turbo berkuasa 258hp dan tork 400Nm dengan transmisi Steptronic 8-kelajuan. Kelajuan maksimum 250kmj, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 6.3saat.

5. BMW 6 Series GT dilengkapi suspensi adaptif dengan Kawalan Damper Dinamik (DDC) BMW dan suspensi udara pada gandar depan dan belakang. Peredam kawalan elektronik membantu meningkatkan keselesaan pengendalian.

6. Suspensi udara dwigandar membolehkan ketinggian kereta dilaraskan secara manual, manakala jarak kelegaan tanah ditingkatkan 20mm menerusi kawalan butang.  Jentera ini juga boleh direndahkan 10mm secara manual atau automatik apabila mod SPORT diaktifkan.

BACA >>> Pelaksanaan SST: Hampir Semua Motosikal BMW Naik Harga

7. Siluet rendah memberi kelebihan kepada aerodinamik kereta yang digabungkan kawalan flap udara aktif dan ciri lain termasuk Air Curtains, Air Breathers dan spoiler belakang yang diaktifkan apabila kereta mencecah kelajuan 110kmj bagi mengurangkan pekali seretan (Cd) kepada 0.25 Cd.

8. Ciri dalam kabin dilengkapkan  Sistem iDrive dengan Touch Controller di konsol tengah dan Paparan Kawalan yang kini hadir dengan skrin sentuh ‘freestanding’. Tidak ketinggalan operasi kawalan lebih mudah menerusi arahan suara dan Kawalan Gestur BMW.

9. Ruang kabin diserlahkan menerusi stereng M Sport, papan pemuka kemasan kulit Sensatec dan material kayu dengan krom mutiara berkilat. Malah, saiz bumbung panorama 90sm memberikan pencahayaan lebih terang, manakala sistem bunyi Harman Kardon menjadikan perjalanan jauh lebih menyenangkan.

10. BMW 6 Series Gran Turismo dilengkapkan sistem bantuan semi-autonomi, terdiri daripada Amaran Kekal Lorong LAW, Amaran Lencong (LDW), Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dengan Mitigasi Perlanggaran Bandar (CCM), Amaran Lintas Trafik (CTA), Pengesan Titik Buta Aktif (A-BSD) dan Info Had Laju.

11. Bakal berada di pasaran Sabtu ini, BMW 6 Series GT dijual pada harga RM450,000 (anggaran) dengan pilihan warna putih, hitam dan kelabu.

12. Pemilik BMW 6 Series GT boleh menikmati Pengalaman Pemilikan Premium, terdiri daripada:

  • Waranti Perbatuan tanpa had selama 5 tahun dan program servis berjadual percuma
  • Program waranti tayar 2 Tahun/24 Bulan untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’.
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW White Card
  • Servis Atas Talian

BACA >>> BMW i8 Coupe (2018) Kini Di Malaysia - Harga RM1.3 Juta, Tapi Road Tax RM90 Sahaja!

GALERI
BMW 6 Series Gran Turismo 2018 Malaysia
Harga BMW 6 Series Gran Turismo 2018 Malaysia
BMW 6 Series Gran Turismo 2018 Malaysia
BMW 6 Series Gran Turismo 2018 Malaysia

Related

274
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 2018 BMW 6 Series Gran Turismo, BMW, BMW 6 Series Gran Turismo, BMW 6 Series Gran Turismo Malaysia, BMW 6 Series GT, BMW Group Malaysoa, enjin BMW 6 Series Gran Turismo, Harga BMW 6 Series Gran Turismo, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my