• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Miku Max - Skuter Elektrik Popular China yang Unik dan Ranggi

Miku Max - Skuter Elektrik Popular China yang Unik dan Ranggi

September 6, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BBERAPA tahun kebelakangan ini banyak inovasi dilakukan bagi segmen kenderaan elektrik ringan seperti basikal elektrik (97kmj) dan trisikal elektrik (644km). Namun, kebanyakan inovasi itu lebih menumpukan kepada aspek prestasi dan bukan rekabentuk.

Namun, tahukah anda rekabentuk skuter elektrik ini cukup unik dan menarik, iaitu jentera hibrid yang menggabungkan elemen skuter elektrik dan moped elektrik dengan nama Miku Max.

POPULAR DI CHINA

MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK8
MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK10
MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK11

Dihasilkan pengeluar kenderaan elektrik China, Jiangsu Xinri E-Vehicle Co.Ltd. (Sunra), Miku Max cukup popular di negara itu. Sehingga kini Sunra sudah mengeluarkan kenderaan elektrik hampir 4 juta unit setahun, termasuk skuter elektrik seperti Miku Max, e-bike dan tidak ketinggalan kenderaan elektrik (EV) saiz penuh.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?

Rekabentuk skuter Miku Max tampil berbeza denan frem keluli bentuk C yang dipadankan dengan pelana tunggal. Dijana motor berkuasa 800watt, motosikal ini mampu mencapai kelajuan maksimum 45kmj. Dengan bateri litium-ion 60V 20Ah berkapasiti 1.2 kWh, cas penuh skuter ini mengambil masa 4 jam dengan jarak perbatuan sejauh 60km.

MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK4
MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK13
MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK15

Miku Max didatangkan dengan ciri meter digital, brek cakera setiap tayar dan bateri mudah alih yang boleh dicas menggunakan soket rumah.

BACA >>> Kymco Ionix dengan Bateri Boleh Tanggal, Selesaikan Masalah Motosikal Elektrik

Skuter seberat 70kg (tanpa bateri) itu turut meluaskan pasaran ke Rusia. Di China, Miku Max dijual pada harga AS$700 (RM2,922) seunit di China. Hmm... cukup murah.

SPESIFIKASI

MIKU MAX

KUASA MOTOR: 800W BOSCH Motor
VOLTAN MOTOR: 60V
KELAJUAN MAKSIMUM: 45kmj
JENIS BATERI: Lithium Battery
KAPASITI BATERI: 60V20AH
JARAK PERBATUAN MAKSIMUM: 60km / 1 orang (70 kg)
CAS PENUH: 4 jam
HAYAT BATERI: 1,000 kali kitaran cas
BREK: Cakera (depan, belakang)
SUSPENSI: Hidraulik (depan, belakang)
SAIZ TAYAR: 3.0-10" tayar tiubles (depan, belakang)
BEBAN MAKSIMUM: 1 orang  (75kg)
JENIS FREM: Keluli
BERAT BERSIH: 70kg (tanpa bateri)
PILIHAN: Kawalan Jelajah + USB

MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK12
MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK18
MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK3
MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK16
MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK7
MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK15
MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK1
MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK17
MIKU MAX SKUTER ELEKTRIK1

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), Miku Max, Moped Elektrik, roda2, skuter, skuter elektrik, Sunra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev