• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Dapat Trademark Logo '隼', Model Baharu Hayabusa Bakal Menjelma?

Suzuki Dapat Trademark Logo '隼', Model Baharu Hayabusa Bakal Menjelma?

August 29, 2018 By Aryon Leave a Comment

418
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA banyak khabar angin berlegar tentang kehadiran superbike ikonik, Suzuki Hayabusa serba baharu, tetapi rahsia masih terkunci kemas pengeluar automotif dari Jepun itu. Terbaharu, Suzuki dikatakan mendapat hak tanda dagang atau trademark perkataan 'Hayabusa', atau lebih tepat, pemilikan penuh ke atas '隼' dalam huruf Jepun.

Berita ini mungkin nampak biasa saja, tetapi memberikan perkhabaran yang signifikan dan menarik untuk dikaji.

BACA >>> Suzuki Hayabusa Serba Baharu Kembali Pada 2019, Kini Sedang dalam Pembikinan

HAYABUSA DI PENGHUJUNG HAYAT

suzuki_hayabusa_2018_pandulaju8
suzuki_hayabusa_2018_pandulaju5
suzuki_hayabusa_2018_pandulaju7

Model Hayabusa sedia ada sudah berada di pasaran terlalu lama dan menghampiri penghujung usia. Jadi untuk meneruskan jualan model tersebut, Suzuki menggunakan peraturan 'derogasi' (kelonggaran) yang ada bagi membolehkan jentera berusia itu dijual walaupun tidak memenuhi piawaian emisi dan kelulusan jenis kenderaan (VTA) baharu.

Peraturan berkenaan memberi peluang dua tahun kepada Suzuki, iaitu bermula 1 Januari 2017 untuk menjual baki stok Hayabusa sedia ada sementera menunggu model baharu. Tarikh 31 Disember ini ialah hari akhir untuk semua jenis motosikal di pasaran Eropah yang tidak mematuhi piawaian emisi Euro 4.

Tempoh itu berkuatkuasa serta merta selepas tarikh berkenaan walaupun Suzuki dibenarkan menjual Hayabusa di bawah peraturan derogasi. Antara model Suzuki lain yang terlibat ialah GSX-R600, dan GSX-R750.

BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Hayabusa - Satu Perjalanan Hidup Legenda Superbike Terpantas

Jadi apa kena mengena pula dengan trademark?

Maknanya, Suzuki sudah pun memiliki hak ke atas logo Hayabusa seperti anda lihat di bawah ini. Namun, memandangkan masih tiada Hayabusa sebenar versi Euro 4, logo itu boleh saja digunakan untuk motosikal Suzuki lain, termasuk juga kereta, alat ganti, aksesori, dan barangan rasmi model itu.


Jadi, Suzuki boleh menggunakan logo itu untuk apa saja produk mereka seperti jam, baju, kit motosikal, alat tulis, barang kemas dan lain-lain. Ya, apa saja. Dalam hal lain, trademark itu juga secara tidak langsung mendedahkan kita kepada rancangan Suzuki meluaskan pemasaran Hayabusa di luar bentuk fizikal motosikal itu sendiri.

Lagi? Tentulah Hayabusa baharu sedang bersiap sedia turun atas jalan tidak lama lagi.

SUMBER: VisorDown

Related

418
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hayabusa, Hyperbike, Roda4, Suzuki, Suzuki Hayabusa, tanda dagang, trademark

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev