• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Harrier Milik Toyota, Tata Motors Kena Tukar Nama Lain untuk SUV Baharu

Harrier Milik Toyota, Tata Motors Kena Tukar Nama Lain untuk SUV Baharu

September 1, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini kami ada melaporkan rancangan Tata mengeluarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) menggunakan nama Harrier yang boleh dilihat menerusi video teaser model tersebut. Segalanya pasti lancar, itupun jika Toyota tidak menimbulkan bantahan kuat terhadap penggunaan nama tersebut (Toyota Harrier).

BACA >>> Tata Harrier dengan Platform Land Rover Bakal Lancar Tahun Depan untuk Pasaran India

Nah, akhirnya terjawab apabila Tata tidak diberikan pilihan selain menukar nama SUV mereka. Setakat ini masih belum jelas nama yang akan digunakan model SUV itu yang dibina berasaskan kereta konsep Tata H5X. Apa yang pasti, Tata akan menggunakan nama Circinae untuk model eksport, manakala nama untuk pasaran tempatan masih belum diputuskan.

'Tata Harrier' memang berbeza dengan model Tata lain kerana menggunakan teknologi sama seperti model buatan Jaguar Land Rover. Ia dibina atas platform LR-MS/D8 yang juga digunakan Land Rover Discovery Sport, Jaguar E-Pace, dan Range Rover Evoque generasi baharu.

BACA >>> #GMS2018: Tata H5X Concept - SUV India dengan Konsep DNA Land Rover

Tata memilih enjin 2.0L diesel berkuasa 138hp dengan transmisi manual dan automatik 6-kelajuan. SUV itu juga bakal didatangkan dalam opsyen pacuan 2 roda (2WD) atau 4 roda (4WD). Sementara itu, Rushlane mengeluarkan beberapa imej spyshot kabin versi pengeluaran Tata Harrier.

Tata Harrier1
Tata Harrier2
Tata Harrier3
Tata Harrier4

Kemasan roda stereng ada persamaan dengan model Tata sedia ada seperti Nexon, Hexa, Tiago, Tigor, Bolt dan Zest. Namun Tata menawarkan kluster instrumen baharu yang menggabungkan unit semi digital dengan paparan TFT berwarna, termasuk Paparan Multi-Info (MID).

BACA>>>Tata Motors Kembali Ke Pasaran Malaysia

Kabin diserlahkan menerusi dua skema warna, hitam dan coklat, dengan material fabrik coklat pada kerusi dan panel pintu. Turut kelihatan sistem skrin sentuh apung, ventilator penyaman udara, kawalan mod pemanduan, perehat tangan, tempat letak cawan dan telefon, dan butang henti-mula.

GALERI
Tata H5X3
Tata H5X4
tata harrier2
tata harrier1
2018-tata-h5x-concept-1
tata-h5x-gms2018-4
tata-h5x-gms2018-5
2018-tata-h5x-concept-3
2018-tata-h5x-concept-4
2018-tata-h5x-concept-2

Related

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: model konsep, SUV, TATA, Tata H5X, Tata Harrier, Tata Motors, Toyota Harrier

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
    Nissan Navara X-Tremer 2025 Kini di Malaysia: Rekaan Lebih Gagah, Dari RM135k
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev