PADA sidang media majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Geely dan Proton, kami sempat bertanya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pandangannya terhadap kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama pengeluar nasional yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Jawab Tun Mahathir;
“Antara SUV yang saya paling suka di Malaysia ialah Volkswagen Tiguan, terutama pengendalian pemanduan. Tapi, apabila saya pandu sendiri model Boyue baru-baru ini, ia juga sangat bagus dan kualitinya hampir sama seperti Tiguan.
“Saya fikir kualiti keseluruhan kenderaan buatan China kini sudah semakin baik dan banyak peningkatan dilakukan Geely. Apa boleh saya katakan, model SUV pertama Proton ini senang dipandu dan kualiti ditampilkan cukup mengagumkan,” katanya lagi.
BACA >>> MoU Baharu dengan Geely, Proton Bakal Masuk Pasaran dan Bina Kilang di China
HADIR ENJIN 1.8L TURBO
Sebelum berkunjung ke ibu pejabat Geely di Hangzhou, China, Tun Mahathir sudah diberikan peluang memandu uji model SUV pertama Proton versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di Malaysia, Jun lalu. Dalam komen terdahulu, beliau turut mengakui kualiti dimiliki SUV tersebut yang katanya cukup bagus dan sesuai untuk rakyat Malaysia.
Bakal dilancarkan hujung tahun ini, bakal SUV Proton itu akan menampilkan enjin 1.8L TGDi dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan berkuasa 181hp @ 5,500rpm dan tork 285Nm @ 1,500-4,000rpm.
Malah, model SUV Proton itu juga dilengkapkan ciri mod ECO dan SPORT untuk memberikan lebih keseronokan memandu. Aspek keselamatan pula didatangkan dengan pelbagai teknologi terkini seperti:
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Amaran Lencong (LDW)
- Pengesan Titik Buta (BSD)
- Kawalan Suluh Tinggi Pintar (i-HBC)
- Kamera 360º 3D
- Penulen Udara Pintar (sama seperti Volvo)
- Sambungan Internet 4G
- Kawalan Jauh Telefon Pintar
Kepada anda yang ingin memilikinya, unit terawal SUV Proton itu akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China sebelum versi pemasangan tempatan (CKD) menyusul tahun depan.
BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini
HARGA?
Berapa harga? Buat masa ini, kami tidak menerima sebarang info mengenai tanda harga yang akan diletakkan untukSUV Proton itu. Apa yang pasti, ia akan dijual pada harga mampu milik dan berbaloi dengan apa ditawarkan. Jika bertanya semula kepada anda, rasa-rasa berapakah harga yang patut diletakkan Proton untuk bakal SUV itu? Sebagai makluman, model ini akan bersaing dengan Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Nissan X-Trail.
Norazeman bin Zakaria says
Very nice SUV. Waiting for the launching.
Ooi Kean Thong says
I would like to have test drive for proton SUV.
Nieq ORL says
Alamak.... Apa korang proton dah buat ni, kalu harga 100k kebawah dengan benda mcm 200k ni memang ambo kena let go 2 kuda besi n 1 kete la laguni.... Adussss..... Meleleh ayaq lior deng ni..... Tenganga ooooo, tgk je dah terlioq..... Tolong la...
anahizup says
harga mampu milik. hu.. agak2 berapa. sepatut lebih murah dari honda crv. daoatker bawah rm80k. tiap2 bulan hope leh bayar bawah rm900