• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / McLaren 720S Pasrah Dilanggar Trak Pikap Chevrolet yang Tidak Cekap Membrek

McLaren 720S Pasrah Dilanggar Trak Pikap Chevrolet yang Tidak Cekap Membrek

August 16, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


MALANG buat pemilik McLaren 720S apabila keretanya dicium trak pikap Chevrolet Colorado ketika asyik berlumba dengan rakannya yang memandu Mercedes-Benz C63 AMG (putih).

Kemalangan berlaku di lebuh raya Pattaya-Bangkok, Thailand itu dirakamkan kamera pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang turut berada di tempat kejadian.

Dalam insiden itu, trak pikap tersebut dilaporkan dipandu dalam halaju sekitar 110kmj dan tidak sempat mengelak merempuh McLaren 720S yang membrek mengejut berikutan trafik padat di depan.

Keupayaan McLaren berhenti cepat memang tidak perlu dipersoalkan lagi, tetapi malang betul buat pemandu Chevy, Weerapong Thongchom, 29, kerana ketika cuba mengelak ke kiri, dia terlanggar pula sebuah lagi kereta.

Semua kenderaan terlibat hanya mengalami kerosakan kecil tetapi 720S terpaksa ditunda meninggalkan lokasi kejadian. Dilaporkan hanya ada tiga model McLaren 720S di Thailand.

BACA >>> Saintis Roket Jelaskan Kenapa McLaren 720S Boleh Jadi Sangat Laju!

"Saya tentu tidak dapat memilih kereta yang ingin dilanggar dan ini sangat teruk. Saya serahkan kepada syarikat insurans untuk selesaikannya," kata Thongchom yang mendakwa dia memandu dalam kelajuan 100-120kmj. Tetapi berdasarkan rakaman video, nampak sangat Chevy tersebut seperti mahu ikut berlumba sekali tanpa menyedari dirinya cuma sebuah trak pikap.

Sementara itu, pemilik supercar tersebut mendakwa dia perlu membayar sekitar 30 juta baht (RM3.6 juta) atas insiden yang menimpa. Entahlah kenapa dia pula perlu bayar sebanyak itu. Adakah dia tidak ambil insurans? Bukankah insurans dicaj ke atas pelanggar? Kenapa kenapa kenapa?

Kemalangan McLaren 720S di Thailand2
Kemalangan McLaren 720S di Thailand3
Kemalangan McLaren 720S di Thailand1
Screen Shot 2018-08-16 at 3.02.03 PM

SUMBER: Carscoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Chevrolet Colorado, kemalangan, Kemalangan Terkini, McLaren 720S, Mercedes-Benz C63 AMG, Supercar, Thailand, Trak pikap, video

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev