• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto BMW Z4 (2019) Bocor dari China, Rupa Mirip Seakan Model Fiat

Foto BMW Z4 (2019) Bocor dari China, Rupa Mirip Seakan Model Fiat

August 14, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


FOTO BMW Z4 (2019) bocor menjelang debut model itu pada 23 Ogos ini sempena acara Pebble Beach Concours d’Elegance.

Foto bocor tersebut didedahkan seorang pengguna Instagram di China yang memaparkan rupa depan, sisi dan belakang Z4 baharu. Rupa depan kereta sport itu nampak seakan mengambil ilham rekabentuk Fiat dengan lampu utama mirip Fiat 124 .

BACA >>> Suspensi BMW M5 (E39) Diuji Tanpa Perlu Keluar Makmal

Bahagian sisi kelihatan ventilator besar yang diwarnakan dengan kemasan kontras yang sepadan dengan warna hitam berkilat pada bahagian lain seperti gril depan, rim, ambilan udara dan ekor ekzos. Rupa belakang juga memuatkan spoiler lip gaya ekor itik, dan lampu belakang horizontal yang sama seperti model BMW baharu lain seperti 8 Series.

Pada Jun lalu, BMW berkongsi sedikit perincian rasmi tentang model Z4 M40i. Kenderaan itu dimuatkan enjin 6 sebaris 3.0L pengecas turbo berkuasa 355hp dan tork 465Nm. Kuasa akan dihantar ke roda belakang menerusi transmisi automatik 8-kelajuan dibekalkan ZF.

Casis digunakan, yang dikongsi bersama A90 Toyota Supra, menjanjikan tahap rigid dan ketegaran yang sangat kuat, sekali gus membantu menambah baik prestasi pengendalian berbanding Z4 sedia ada, tanpa perlu mengorbankan kualiti tunggangan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BMW, BMW Z4 (2019), Foto, Keeta Sport, Roda4, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev