• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Tuner Jerman Hasilkan VW Up! GTI Setanding Golf Generasi ke-3 - 145hp, 260Nm

Tuner Jerman Hasilkan VW Up! GTI Setanding Golf Generasi ke-3 - 145hp, 260Nm

August 14, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


AHLI keluarga Volkswagen GTI paling kecil, Up! mendapat sentuhan modifikasi daripada bengkel persendirian, B&B Automobiltechnik. Pakar talaan dari Jerman itu menyediakan dua versi kuasa dinaik taraf untuk kereta bandar itu. Versi pertama ialah Stage 1 pada harga mampu milik, iaitu €998 (RM4,645) dengan tambahan kuasa 21hp.

Stage 2 pula didatangkan dengan tambahan kuasa 32hp dan tork 60Nm yang dicapai daripada enjin standard 3 silinder 1.0L dengan kuasa maksimum 145hp dan tork maksimum 260Nm. Angka itu hampir sama dengan model Golf GTI 2.0L (148hp) generasi ketiga. Pakej ini ditawarkan pada harga €1,498 (RM6972).

BACA >>> Volkswagen Up GTI Tiba di UK, Tempahan Dibuka Serendah £13k (RM75k)

Talaan B&B membolehkan Up! GTI memecut 0-100kmj sepantas 7.9 saat, iaitu hampir sesaat lebih laju daripada kereta sedia ada. Kelajuan maksimum turut meningkat, 210kmj berbanding 196kmj. Tuner Jerman itu turut mengubah suai tetapan suspensi supaya lebih keras, dengan merendahkan ketinggian pada 30mm. Kemas kini ini menggunakan absorber boleh laras yang pasti menambah baik keupayaan Up! GTI di selekoh.

Jika mahu memiliki hot-hatch cilik itu di Jerman, anda perlu membayar sekurang-kurangnya €16,975 (RM79,002) dan  £14,055 (RM65,412) di Britain.

Walaupun enjin 3-silinder cuma mampu meledakkan kuasa 113hp, tetapi ia boleh dianggap berkuasa jika mengambil kira berat kenderaan 997kg sahaja. Ini bermakna Up! GTI mampu beraksi cukup lincah di jalanan, manakala sentuhan naik taraf B&B mampu menjadikan model itu cukup menyeronokkan.

BACA >>> Volkswagen Up! Special Bug Sempena Ilham Beetle Klasik 1982 Dijual di Jerman

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: B&B Automobiltechnik, Modifikasi, Roda4, segmen A, supermini, Volkswagen, Volkswagen Up GTI, Volkswagen Up!, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev