• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Up! Special Bug Sempena Ilham Beetle Klasik 1982 Dijual di Jerman

Volkswagen Up! Special Bug Sempena Ilham Beetle Klasik 1982 Dijual di Jerman

June 11, 2017 By AO 2 Comments

FacebookTwitter


WALAUPUN Volkswagen belum memutuskan sama ada meneruskan atau menghentikan pengeluaran model ikonik, Beetle, tetapi pengeluar automotif dari Jerman itu sempat pula melancarkan model edisi khas, Volkswagen Up! yang diilhamkan daripada model Bug 1982 (foto bawah).

Dinamakan Volkswagen Up! Special Bug, model ini sudah pun dijual di Jerman dalam dua varian:

  • Mutiara hitam (black pearl) dan rim aloi 17-inci - €13,625 (RM65,020)
  • Emas savana (savanna gold) dan rim 'polygon' hitam - €13,775 (RM65,736)

Kedua-dua model tampil dengan perkataan 'Special' pada strip sepanjang sisi bawah pintu, termasuk warna kontras pada penutup cermin sisi yang dicat hitam atau perak refleks. Menjenguk dalaman kabin, kemasan emas savana menjadi tema utama pada tempat duduk dan papan pemuka berserta plat pemijak pintu aluminium yang tertulis perkataan Up!, pelapik bumbung hitam dan kerusi pemanas.

Dua model 'Special Bug' itu turut membariskan varian dikuasakan gas asli yang ditawarkan dalam kombinasi trim black pearl sahaja. Harga pula bermula €16,600 (RM79,217) dan menggunakan enjin 1.0L TGI dengan kotak gear 5-kelajuan.

SUMBER: Car Scoops

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bug 1982, Roda4, Special Bug 1982, Volkswagen, Volkswagen Beetle, Volkswagen Up! Special Bug

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
    Model Retro Klasik - Kawasaki W175 Masuk Malaysia?
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my