BUAT tahun ke-5, Petron Malaysia terus mengadakan Program Keselamatan Jalan Raya dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai, terutama golongan belia.
Dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Petron Malaysia akan menjelajah ke tujuh universiti tempatan terpilih bagi mendidik dan menyampaikan maklumat mengenai cara pemanduan betul ketika di jalan raya.
Sepanjang program berlangsung, Petron Malaysia akan menggunakan pendekatan baru dan menyeronokkan menerusi perlumbaan ‘Amazing Race’ yang memerlukan peserta melepasi empat cabaran sebelum bergelar juara.
Antara cabaran perlu dilalui peserta ialah kuiz keselamatan jalan raya, mentafsir papan tanda, ujian memandu dan mempelajari kepentingan penggunaan tayar kenderaan. Petron Malaysia percaya pendekatan itu akan berjaya menarik minat ramai belia selain mengajar mereka bagaimana menggunakan jalan raya secara selamat.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi lokasi pertama dengan menarik penyertaaan lebih 500 belia di institut pengajian tinggi (IPT) berkenaan.
BACA >>> 6 Fakta Menarik Petron Blaze RON100 Perlu Anda Tahu
7 UNIVERSITI TERLIBAT
Selain UTM, antara IPT tempatan yang terlibat ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu, Universiti Selangor, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Tenaga Nasional dan UTM Skudai Johor. Program Keselamatan Jalan Raya itu juga menerima kerjasama Michelin Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Honda Malaysia dan Nestle.
Syabas Petron Malaysia kerana sentiasa memberikan maklumat dan kesedaran umum, terutama golongan belia mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.
Hani Lokman says
Superb Petron. Keep up the good collaborative work to advocate road safety culture to Malaysian youth.