HAVAL Malaysia terus mengadakan jelajah 'HAVAL REIMAGINE' siri ke-2 di pusat beli-belah The Curve, Damansara dengan menawarkan pelbagai promosi hebat dan aktiviti menarik.
Siri jelajah kedua yang bakal tamat pada 12 Ogos (esok) itu juga menjadi salah satu inisiatif HAVAL untuk memperkenalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama itu kepada orang awam dengan menawarkan pelbagai promosi jualan dan hadiah.
Pada siri jelajah kali ini, HAVAL Malaysia turut menampilkan selebriti tempatan yang juga duta rasmi Haval H1, Aedy Ashraf. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang berlangsung siri jelajah itu ialah peraduan Mewarna, HAVAL Kidz, peraduan foto dengan SUV HAVAL dan persembahan badut.
Menariknya, siri jelajah 'HAVAL REIMAGINE' kali ke-2 ini turut mempamerkan Van dan lori ‘Food Truck’ jenama Higer yang juga di bawah satu bumbung Go Auto Group. Malahan buat pertama kalinya, Haval Malaysia memperkenalkan BSMART Connected Car yang berfungsi sebagai peranti pengesan GPS selain memberi sambungan Wifi sehingga 120GB.
Tambahan ini ialah opsyen buat pembeli kenderaan Haval dan ianya juga menawarkan pelbagai ciri menarik seperti merekodkan perjalanan anda, bantuan khidmat pelanggan 24 jam, bantuan kecemasan jalan raya dan banyak lagi.
BACA >>> Kemalangan Temukan Jodoh – Pemilik Haval M4 Ini Kongsi Pengalaman Manisnya!
DISKAUN HINGGA RM7,300
Sepanjang Ogos 2018, Haval juga sedang menjalankan promosi ‘Freedom from GST’ dengan menawarkan penjimatan hingga RM6,600 bagi model H1 dan RM7,300 untuk H2.
Bagi model Haval H1, harga model subkompak itu selepas GST ialah RM51,000, berbanding harga terdahulu RM55,000, iaitu penjimatan sebanyak RM4,000. pelanggan Haval H2 pula boleh memiliki crossover subkompak itu pada harga RM89,000 berbanding harga asal, RM98,000, yakni penjimatan sebanyak RM9,000.
Bukan itu saja, Haval H1 turut diberikan waranti 7 tahun tanpa had perbatuan, manakala H2 didatangkan dengan jaminan 5 tahun atau 150,000km perbatuan (mana tiba dahulu).
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian pelanggan pada 03-5569 7332 atau e mail [email protected]. Layari juga Haval.my atau laman Facebook.com/havalmy.
Tunggu apa lagi. Pastikan anda ajak rakan-rakan dan keluarga ke siri jelajah 'HAVAL REIMAGINE' di The Curve, Damansara. Macam-macam ada!
BACA >>> Che Ta Bawa Pulang Kereta Raya - Haval H2 'RQ2174' (Untunglah No. Plat Cantik)
Leave a Reply