• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Mahu Labur RM7.7 Bilion dalam Lotus, Mahu Cabar Porsche dan Ferrari

Geely Mahu Labur RM7.7 Bilion dalam Lotus, Mahu Cabar Porsche dan Ferrari

August 10, 2018 By Han Othman Leave a Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUDAH hampir 8 tahun sejak Lotus mengumumkan pelan memperkenalkan 6 model baru: Esprit, Elite, Elan dan Eterne, tetapi gagal terlaksana disebabkan kekurangan sumber. Namun, apakah jenis dan bentuk sumber itu tidak pula dinyatakan.

Banyak perkara berubah sejak Pameran Motor Paris 2010 dan salah satu berita terpenting ialah Geely kini ialah pemilik baru yang menguasai Lotus. Gergasi automotif China itu sudah memperuntukkan lebih AS$11 bilion (RM44.8 bilion) untuk membangkitkan Volvo dan kini nampaknya seakan giliran Lotus pula.

BACA >>> Lotus Satukan Semula Elise dengan Pemilik Asal Nama Model itu

Menurut laporan Bloomberg, Geely kini sedang menimbang membuat pelaburan sekurang-kurangnya AS$1.9 bilion (RM7.74 bilion) untuk Lotus bagi mengubah status syarikat itu kepada jenama sport mewah yang mampu bersaing dengan Porsche dan Ferrari. Dana pelaburan itu dilaporkan akan digunakan untuk merekrut 200 jurutera baru, membina kilang baru dan menghasilkan pusat rekabentuk dan inovasi.

Pelaburan itu juga bakal memberikan laluan kepada kemunculan model-model baru dan direka semula, tetapi tiada maklumat spesifik mengenal hal itu. Bagaimanapun, Geely dikatakan sudah menyatakan komitmen penuh untuk memulihkan Lotus dan bersedia menjadikan jenama itu sebagai peneraju jenama mewah antarabangsa.

Sementara itu, mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lotus, Jean-Marc Gales berkata, syarikat itu merancang melacarkan dua model baru pada 2020. Imbas semula pada Mei lalu, mantan eksekutif itu pernah membayangkan kehadiran salah satu model di atas Evora dan dibangunkan dengan kualiti kecekapan, aerodinamik, ketangkasan, dan pembrekan seimbang.

BACA >>> Lotus Exige Cup 430 Type 25 - Edisi Khas Sempena Kereta Lumba F1

Lotus juga pernah memaklumkan sedang menghasilkan dua crossover yang akan berentap dengan BMW X4 dan X6.

Selain pelaburan, Geely juga mahu menambah pegangan saham dalam Lotus. Susulan itu, pengeluar tersebut mengadakan rundingan dengan Etika Automotive yang memiliki pegangan saham minoriti dalam Lotus.

SUMBER: Bloomberg

Related

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Crossover, Geely, Jean-Marc Gales, Kereta Sport, Labur, Lotus, Lotus Car, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev