Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lotus Exige Cup 430 Type 25 – Edisi Khas Sempena Kereta Lumba F1
Roda4

Lotus Exige Cup 430 Type 25 – Edisi Khas Sempena Kereta Lumba F1

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LOTUS mendedahkan model edisi istimewa, Exige Cup 430 Type 25 yang diilhamkan daripada kereta lumba Type 25 yang pernah mendominasi kejuaraan Formula Satu (F1) 1963. Kereta sport versi jalanan itu dijangka menjadi barangan pengumpul (collector items) apabila cuma 25 unit dikeluarkan seluruh dunia.

Setiap satu unit pula disertakan bersama sijil ketulenan bernombor, dan ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lotus, Jean-Marc Gales. Bakal pemilik juga boleh memilih menerima kunci kereta itu di kilang Hethel, siap dengan lawatan berpandu.

Malah, setiap unit akan mendapat naskhah tentang legenda F1, ‘Jim Clark: Tribute to a Champion’ yang ditandatangani Eric Dymock, termasuk tandatangan daripada Clive Chapman dan Bob Dance, iaitu ketua mekanik Jim Clark ketika berlumba F1.

ENJIN SUPERCAS V6

Dikuasakan enjin 3.5L V6 supercas, Exige Cup 430 Type 25 mampu menjana kuasa 430hp dan tork 440.6Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 3.2 saat, serta opsyen standard transmisi manual 6-kelajuan jenis open-gate buatan Lotus. Kereta gaya sport itu turut dilengkapi fungsi kawalan traksi variabel (VTC) yang bersambung terus dengan unit kawalan elektronik (ECU.

Aerodinamik yang diilhamkan sukan permotoran dimuatkan pada badan Exige Cup 430 Type 25, dengan spliter depan gentian karbon dan lip belakang (trailing lip) membantu memisahkan dan melancarkan kelajuan aliran udara di bawah kereta

Terdapat juga elemen tirai udara baharu pada panel klam depan, manakala louver atau bilah depan membantu mengurangkan tekanan pada gerbang roda depan. Di dalam, dua kerusi meneruskan kesinambungan ilham perlumbaan yang diwarisi.

Dua kerusi sport lumba gentian karbon dikemaskan dengan trim Alcantara hitam. Selain itu, tombol gear kayu masih digunakan sebagai penghormatan kepada kereta lumba Formula 1, Lotus Type 25.

MODEL TRIBUT KHAS

Harga bermula £110,000 (RM 598,682) termasuk cukai di Britain, €140,000 (RM663,500) di German, €141,200 (RM 669,318) di Perancis, dan €146,000 (RM 692,071) di Itali termasuk kos penghantaran.

Marc Gales mengakui amat berbangga dengan pembuatan model Lotus Exige Cup 430 sebagai tribut khas untuk kereta lumba Lotus Type 25 yang banyak meninggalkan kesan kepada dunia permotoran.

“Kereta ini sangat revolusioner ketika diperkenalkan dan menjadi jentera pertama Lotus berjaya merangkul Kejuaraan Dunia Pembina, juga yang pertama daripada 7 kejuaraan. Ia contoh falsafah rekaan Lotus yang ringan dan sangat berkuasa serta tidak hanya tamat di litar lumba.”

GALERI

SUMBER: AutoGuide

F1 Formula Satu Jean-Marc Gales Lotus Lotus Exige Cup 430 Roda4 Type 25
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.